Saturday, May 30, 2020

Versi Tiada Harga Diri

Rayyan termangu di satu sudut ruang tamu rumahnya. Wajahnya kelihatan sugul sambil ralit melihat gambar-gambar gadis seusia beliau di Instagram. Usia Rayyan baru menginjak 15 tahun.

Puan Syafura yang baru selesai membuang lebihan air pada alas pasu bunga di halaman rumah perasan akan tindak-tanduk anaknya yang tidak seperti selalu ketika melewati ruang tamu.

"Rayyan ada masalah ke? Ada apa-apa yang kamu nak kongsi dengan Mama?" Puan Syafura menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang ibu.

"Cantik tak dia ni Mama?"

Rayyan tidak menjawab soalan sambil menunjukkan gambar seorang gadis muda berpakaian sekolah pada ibunya.

"Masyaallah cantiknya budak ni Rayyan. Siapa ni? Girlfriend kamu ya?"

"Bukan girlfriend Rayyan la Mama. Nama dia Melisa. Dia la yang buat anak Mama ni sedih. Dia tolak cinta Rayyan."

Bulat mata Puan Syafura sambil sebelah tangannya memegang dada setelah mendengar pengakuan anaknya.

"Berani betul budak perempuan ni tolak cinta anak Mama! Dia ingat dia siapa hah?!" Suara Puan Syafura sedikit menaik.

"Tak mengapa la Mama. Dia layak untuk pilih yang lebih baik. Maklumlah, Melisa tu berwajah kacukan. Mama Melisa berasal dari Sweden manakala Papa dia pula Zahir Amirudin."

Sekali lagi Puan Syafura terkejut lalu bergegas masuk ke kamar beliau, meninggalkan Rayyan yang masih sugul.

Sambil berdiri dihadapan cermin bersaiz kaki ke kepala, Puan Syafura menyelak sedikit baju kelawar yang dipakai dan tertera tatoo yang bertulis 'Zahir Was Here' betul-betul dibawah pusat beliau.

Seraya itu, mengalir air mata Puan Syafura mengenangkan saat beliau diceraikan oleh ayah Rayyan kerana kedegilan beliau yang enggan membuang tatoo tersebut walaupun telah berkahwin dengan bekas suaminya itu.

Zahir tak salah.

2 comments:

Inibelongeqa said...

Nak sangat tengok isteri sweden tu :D

shha.anr said...

kau buat hal lahhh. hahahahaha