Saja la aku nak cerita sikit ni.
Ada sorang kawan aku ni mengadu kat aku, yang dia nak putus tunang. Dia tak nak putus sebenarnya, jadi dia minta la nasihat dari aku untuk menjernihkan kembali keadaan.
Tapi dia silap, meminta nasihat dari aku boleh la diibaratkan seperti menerima tips diet dari orang gemok.
Jadi dia redha.
Aku ni dah 6,7 tahun juga la tak berteman wanita. Jadi apa yang dia harapkan. Aku pun pernah tumpas juga dulu.
Hello hello! Ingat aku tak pernah ada awek ke? Cili mulut tu baru tahu. Mengata-ngata kita pula. Aku kira laku juga dulu tau.
Meh aku cerita sikit.
Masa tu aku semester 2. Bila dah semester 2, ini bermakna kau dah ada junior bawah kau. Apa guna jadi junior kalau tak berkenalan dengan abang senior kan? Takkan adik-adik junior nak berkenalan dengan fasilitator saja. Fasilitator dah la skema. Bangun awal dan hidup bergantung pada alarm handphone.
Kejadian bermula di cafe asrama. Gila kau! Cafe asrama tu boleh dikira syurga dunia juga la selain dari syurga di bawah telapak kaki ibu. Kekadang cafe asrama tu boleh jadi cafe asmara. Asmara ini jugalah yang hanyutkan kita. Yela yela tu lagu Fazley.
Aktiviti aku kat asrama kalau waktu malam, memang akan ke cafe untuk beli air bungkus. Kekadang teh ais. Kekadang milo ais. Kekadang sirap bandung. Kekadang tak beli langsung. Pow seteguk dua dari kawan. Duit MARA pun ada kan, setakat beli sebungkus dua air manis ni apa la nak diluakkan sangat.
Malam tu aku ditemani oleh Nazrin. Sado dah budak ni sekarang. Dulu gemok. Sekarang ni pantang jumpa besi, habis nak dijinakkannya. Pencapaian terbaik Nazrin sekarang adalah menjadi kegilaan gay-gay di kota metropolitan ini. 'Basah' gay tengok badan dia.
Nak dijadikan cerita, malam tu aku beli milo ais bungkus. Sejuk betul milo ais tu. Masa tu aku bayar pakai sekeping RM50. Awek junior sebelah jeling dompet aku yang susah nak lipat sebab tebal lepas dapat baki tadi. Termasuk beberapa keping RM50 yang ada lagi dalam dompet. Terbojol poket belakang seluar aku.
Lepas dapat minuman, aku pun keluar ke tempat yang lebih terbuka. Kiranya cafe yang belah luar punya. Sejuk sikit. Nazrin turut mengekori aku. Ke aku yang mengekori dia? Aku tak ingat. Tapi aku yakin bila aku keluar saja dari cafe tu, aku langkah kanan. Sebab apa aku begitu yakin?
Begini ceritanya, bila aku keluar saja ke kawasan cafe terbuka tersebut aku terus terpandang ciptaan Tuhan yang indah. Seorang gadis bertudung bermuka bulat yang waktu itu aku boleh ibaratkan seperti benda ajaib ke-lapan. Saing-saing Taj Mahal. Indah beb! Amuk dan juga Kumpulan Febians pernah menyanyikan bait lirik ini,
"Keindahan pelangi adalah, keindahan wajahmu sayang". Dan itu jua lah yang terungkap di sanubari aku ketika itu. Fuh!
Dan secara tiba-tiba bila mata bertentang mata, seluruh jasad aku menjadi lemah sehingga milo ais yang dipegang pun terlepas dan membanjiri lantai. Main futsal sejam jadi king pun tak membuatkan aku lemah tenaga seperti itu. Ah lantak kau la nak cakap macam drama pukul 7 ke apa. Tak caya sudah nama kau Dolah, ehem kau sebelah.
Aku panik. Kalau aku sebuah band, aku lah Panic! At The Disco. Kita ni kalau dah panik, pergerakan serta merta menjadi pantas dan otak akan mencari idea untuk melepaskan diri dari situasi tersebut. Jadi sepantas cahaya, aku hilang dari pandangan dan membiarkan milo ais dilantai tadi mengalir mencari longkang dengan sendirinya.
Selepas dari kejadian tersebut, aku dengan sendirinya berminat untuk menjadikan dia suri di hati ini. Aku juga sering diberi galakan dan dorongan oleh rakan taulan untuk mengayat bakal bekas kekasih aku tu.
Antaranya,
"Kau tak hisap rokok Zahir. Awek sekarang suka lelaki tak hisap rokok." kata salah seorang rakan.
Kata-kata itu aku sematkan dalam hati sebagai azimat.
Ah dipendekkan cerita, aku dapat la ayat budak tu. Kira power juga ayat aku masa tu. Cemana aku ayat tu tak boleh la nak cerita. Nanti korang tiru pulak. Kalau dapat ayat tak apa la, tapi kalau tak dapat? Aku juga yang dipersalahkan. Hidup korang ni tak habis-habis nak menuding jari.
Tapi adat pertama kali bercinta, aku pun berpisah dengan bekas awek aku tu walaupun aku berjaya mencuri hatinya. Biasalah barang curi. Mana kekal lama.
Sebelum aku mengakhiri cerita aku ni, kejadian milo ais tumpah ni terjadi lagi buat kali kedua. Kejadian kali ni berlaku sebelum bulan puasa lepas. Kalau tak silap.
Bukan! Bukan! Bukan! Kali ni aku tak nampak awek kolej. Aku tak nampak Taj Mahal. Aku tak nampak pelangi yang indah.
Yang aku nampak adalah gambar orang sedang membina masjid di laman sosial Facebook.
Ya! Gambar pernikahan bekas kekasih aku oi!
Seraya itu, kaki aku tersepak milo ais yang aku letak dalam kole dan seterusnya membasahi permaidani yang aku beli dari gedung perabot Sweden.
Malam tersebut, aku tidur seperti udang. Ya, macam huruf 'C'.
* sekarang ni aku tak percaya langsung bila dengar gadis-gadis cakap mereka dambakan cinta dari lelaki yang tak hisap rokok.