Sunday, March 24, 2013

Seram Sejuk Rumah Sewa


Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Arul yang sebilik dengan aku kat rumah sewa ni nampak gaya tak rasa nak berhenti dari bercerita. Ada saja topik yang ingin diketengahkan pada pagi-pagi buta ni. Yang aku pula dah macam digodam, layankan saja cerita si Arul. Sekejap dia cerita bola, sekejap dia cerita gadis. Kadang-kadang dia cerita dia lah yang paling rajin kalau ada kenduri kendara di kawasan rumahnya di Senawang. Jangan harap aku nak percaya. Kat rumah sewa ni pun kalau dia guna pinggan, jangan harap dia nak basuh. Dia biar saja dalam sinki.

Bilik sebelah ada Capik dan Zul Maple. Aku rasa mereka dah tidur. Bilik mereka selesa. Sejuk pun sejuk. Lagi satu takde bau rokok. Bilik aku ni, Arul tak pandai nak ke ruang tamu kalau nak merokok. Tak hormat langsung pada aku yang tak merokok ni. Selimut dia pun dah melekat bau rokok. Dah lah bau rokok seludup. Jenama rokok pun ntah apa-apa. Jenis banyak sangat layan band Ungu dengan Samsons la ni. Tapi bila pensyarah aku kata muka aku macam Rangga atau nama betulnya Nicholas Saputra, pandai pula dia jeles. Hmmm.

Kat ruang tamu ada Nazrin dan Faliq. Mereka ni tak gemar nak tidur kat bilik sebab nak main dota. Aku tak minat langsung main dota walaupun kat laptop aku tu ada game tersebut. Selama kat rumah sewa aku, Nazrin yang selalu guna laptop aku untuk berdota. Baguslah dia main dota dari dia tengok video bukan-bukan dari pendrive dia tu. Nazrin ni pun bukan boleh percaya. Gatal dia macam celaka. Kalau pergi pasar malam,mata dia bukan pada makanan yang dijual pun. Asyik nak usha gadis saja. Dah lah asyik ajak aku usha sekali. Mujurlah aku rasa pelawaan Nazrin tu mampu buat aku tersenyum.

Setelah letih bercerita, si Arul ni pun bangun untuk mengambil rokok dalam almari. Oleh kerana Arul saja yang bercerita dari tadi, suasana menjadi sunyi sepi bila Arul berhenti bercerita. Tiba-tiba ntah macam mana kami terdengar bunyi ada orang berlari-lari kat ruang tamu. Pakej sekali dengan ketawa kecil. Celaka tak tidur lagi Nazrin dengan Faliq ni rupanya. Aku tak kisah la kalau mereka tak tidur lagi tapi apahal sampai nak berlari-lari sambil tertawa kecil tengah-tengah malam ni. Sukan Komanwel punya musim ke sekarang ni?

“Wei usha sikit dorang kat depan tu. Apa hal sampai berlari-lari.” Arul suruh.

Oleh kerana aku rajin dan kurang melawan, aku pun keluar dari bilik untuk ke ruang tamu. Nak tahu juga apa yang lucu sampai terdengar mereka ketawa sambil berlari. Letih siot ketawa sambil berlari. Watson Nyambek pun tak buat macam tu masa Suka Sea. Aku ambil kira-kira enam langkah saja untuk sampai ke ruang tamu yang memang tak jauh dari bilik aku. Setelah sampai ke ruang tamu, aku pilih untuk langkah seribu kembali ke bilik. Laju gila. Mungkin kurang sesaat. Dan aku kembali dengan wajah cuak.

“Eh cepatnya. Pahal dorang berlari-lari tadi?”

“Dorang dah tidur sial. Nazrin siap berdengkur lagi. Rasanya kita pun patut tidur ni.” aku balas serius gila.

Malam tu aku dan Arul tidur sambil berpeluh. Tidur rapat-rapat. Dan buka radio Era kuat-kuat.

"Tolong baca doa kuat sikit Zahir." Arul bersuara dari dalam selimut.

Saturday, March 16, 2013

Hek eleh macam la korang tak pernah. Tipu la tak pernah.

Secara jujurnya, aku pernah pergi ke Melaka. Baru-baru ni pun aku ada pergi. Yang aku nak cerita, aku pernah pergi dengan kawan-kawan pada tahun 2009 ke 2010 ntah. Aku lupa sikit. Ya aku pelupa. Tapi aku takkan lupa yang aku pernah letak Roberto Carlos sebagai striker waktu main Winning Eleven dulu-dulu. Winning Eleven pun tak tahu? Pergi duduk Ethiopia.

Oleh kerana aku pelupa, jadi aku akan cerita secara ringkas dan tenang.

Sebaik saja sampai di Melaka, aku terus singgah Petronas. Perut aku meragam nak berak. Rasa macam Metallica jamming dalam perut. Susah gila nak kawal ragam perut aku waktu tu. Makwe yang banyak ragam lagi senang nak kawal berbanding perut aku pada waktu tu. Aku masuk tandas laju-laju, aku terus buka seluar.

" Preett prett preeeett!"

Macam bunyi wisel kan? Maaf la perut sakit kot. Berak pun bunyi-bunyi la sikit. Lagi ditahan, lagi sempit bunyi yang terhasil. Takkan korang tak pernah.

" Hmmmm bisingnya dia berak." Seseorang yang juga pengguna tandas menegur..

Celaka mujurlah yang tegur tu kawan sendiri iaitu Midi. Boleh juga buat-buat gelak selepas kejadian. Kalau orang lain yang tegur, 4 jam aku lepak dalam tandas lepas tu baru keluar. Tak sanggup tau nak berhadapan dengan orang yang telah mendengar alunan dan simfoni berak yang dikeluarkan oleh perut comel ni.

Thursday, March 7, 2013

Menjadi Adiwira

Sedang aku melepak dan tak main judi bersama teman-teman di sebuah restoran mamak berhampiran rumah, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada orang buat panggilan. Macam biasa, nombor tak kenal. Jadi aku mengharapkan nombor ni kepunyaan awek jual perfume di Sogo yang berjaya meluluhkan hati ini tempoh hari. Jangkaan aku meleset. Rupanya Razman yang selalu sedapkan hati sendiri dengan menyatakan diri sendiri kacak tu yang call aku.

" Wei. Tolong datang Restoran Zubaidah, Danau Kota sekarang. Shikin pengsan la tadi. Nak mintak tolong kau bawak kereta dia balik rumah."

Aku tak cakap banyak dan malas sikat rambut, aku terus pecut ke Danau Kota. Oleh kerana kecekapan aku menunggang motor memang diakui hebat oleh JPJ sendiri, jadi aku sampai ke Danau Kota dalam masa yang agak singkat. Orang masak megi pun tak pantas macam aku. Selama ni, aku hanya kalah pada kepantasan cahaya.

Setibanya aku ditempat kejadian, Razman dengan wajah bersyukur ala-ala baru dapat gaji pertama menyambut ketibaan aku yang pada ketika itu belum sempat menanggalkan helmet. Dengan suara termengah-mengah, dia menyatakan Shikin dah sedar dan telah dimasukkan ke dalam kereta untuk tujuan berehat dan pekena aircond. Dalam kereta tu ada sepupu Shikin juga. Sepupu Shikin yang ntah apa namanya tu tak pandai bawak kereta dan bermulut Sarimah Ibrahim. Dia juga mahir berbahasa Inggeris tanpa rasa jemu.

Bila aku lihat keadaan Shikin yang lemah seperti ikan naik ke darat, aku rasa lucu. Tahap lucu tu lebih kurang macam baru lepas tengok artis terjatuh kat tangga sebelum menerima anugerah. Sebab apa lucu? Sebab punca dia pengsan tu ntah apa-apa punya punca. Kiranya tak patut betul dengan punca seperti itu, dia boleh pengsan di khalayak ramai. Aku pasti, khalayak yang berada di tempat kejadian pun mesti merasa lucu sikit-sikit.

Tak patut langsung hisap shisha boleh pengsan. Kalau pengsan sebab terjatuh ketika dikejar anjing dikawasan perumahan, boleh la aku kesian.



 * ya aku seorang adiwira yang tidak memerlukan topeng untuk melakukan pertolongan di sekitar bandar. aku rasa tak perlulah aku menyembunyikan wajah manis ni dari tatapan gadis-gadis yang dambakan cinta seorang adiwira perkasa.