Wednesday, July 11, 2018

Sudah Terlambat Baru Nak Cepat


Saja la aku nak cerita sikit pasal aku ni. Kalau nak tahu, teruskan membaca. Kalau tak nak tahu, kau blah sekarang. Kisah pulak aku.

Why bother why bother why bother.

Aku ni sebenarnya orang yang sering menangguh kerja atau sesuatu. Bila aku dah sebut perkataan 'sering', ini bermakna aku serius. Nampak sangat dah lama tak menulis sampai terguna perkataan 'sering'.

Seperti yang kita semua sedia maklum, menangguh kerja ini adalah adalah suatu sikap yang akan memberi permasalahan kepada kita kelak. Ah sudah perkataan 'kelak' pulak terkeluar.

Ini bermakna aku serius.

Contoh paling biasa dalam permasalahan ini adalah kerja-kerja akan menimbun dan kita akan kesuntukan masa untuk menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi jika kerja tersebut perlu disiapkan pada masa tertentu.

Berlainan dengan aku, penangguhan kerja yang aku lakukan ini tak melibatkan kerja aku sekarang. Kerja aku ok. Disayangi bos dan rakan sekerja. Kot.

Sikap menangguh aku ni berlaku dalam kehidupan seharian aku. Diluar waktu kerja.

Dan untuk menyelesaikan sikap menangguh aku ni, akan berlaku satu peristiwa yang akan membuatkan aku menyelesaikan perkara tertangguh tersebut tanpa aku perlu menangguh lagi.

Aku bagi contoh la senang. Korang bukan paham sangat apa aku cakap ni.

Nak dijadikan cerita la kan. Awal tahun ni aku ada beli motor baru. Sebenarnya aku dah lama simpan hasrat untuk memiliki motor baru agar kelihatan bergaya dan memudahkan aku ke tempat kerja.

Aku pernah ada pendapatan yang lumayan sewaktu bekerja di Singapura pada tahun 2016. Ala kerja sebulan je pun. Jadi dengan duit gaji tu aku berhasrat untuk beli motor baru. Jadi disini, duit bukan menjadi masalah.

Masalahnya adalah sikap menangguh aku ni sampai setahun lebih baru aku beli motor. Itu pun lepas motor lama aku tiba-tiba mengalami kerosakan dan menjadikan ini satu alasan untuk aku beli motor baru.

Aku keluar duit RM9000 untuk beli motor baru sebab motor lama rosak dan kos membaikinya hanya berjumlah RM18. Bijak kan aku menyelesaikan masalah?

"Pahal kau beli motor baru tetiba?" soal rakan.

"Gear motor aku tercabut" aku jawab

"Kau bodoh ek? Hah! Kau bodoh!" sergah beliau.

Tak cukup dengan itu, aku bagi lagi satu contoh.

Sebelum ni dalam bilik aku dua katil. Satu memang katil aku dan lagi satu katil arwah ayah aku. Katil tu digunakan sewaktu ayah aku terlantar ketika sakit. Jadi selepas beliau tiada, katil tu letak dalam bilik aku.

Katil tu dah rosak dan reput. Seeloknya dibuang atau dijadikan kayu api ketika ingin memasak rendang ketika hari lebaran. Selain itu, ketiadaan katil tersebut mampu meluaskan bilik aku. Ada la ruang sikit nak buat break dance.

Jadi sikap menangguh kerja aku ni menjadikan katil tersebut masih disitu, mereput dan menyibuk.  Letih dah mak aku bebelkan akan keberadaan katil tersebut yang masih belum terbuang.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku terkurung kucing aku dalam bilik. Aku tak perasan la agaknya dia masuk bilik aku lepas tu aku kunci bilik sebelum pergi kerja.

Balik saja dari kerja malam tu, nah mendapat bau tahi dan kencing kucing aku dalam bilik. Tahi dan kencing kucing tu pulak memang ngam ngam ada kat bawah katil usang yang patut aku buang.

Tiada pilihan akan menjadikan kita membuat perkara yang bukan kelaziman. Contohnya dalam kes aku, menyelesaikan masalah tahi kucing dan membuang katil usang tersebut malam itu juga adalah perkara bukan lazim yang aku lakukan kerana tiada pilihan.

Tersengih mak aku tengok aku mop lantai dan angkut katil tu untuk dibuang. Sorang-sorang. Heh!

"Lepas ni kurung je Tobi (nama kucing) tu dalam bilik dia, biar dia selalu kemas bilik" komen adik aku.

Jadi dari semua yang aku ceritakan ni, korang pun dah ada jawapan kenapa aku masih belum berpunya.

Aku sedang menangguh jodoh.

Bodoh.











3 comments:

Anonymous said...

bertahun tunggu post ko

zahirlunatik said...

Maaf

Aizuddin Jaafar said...

Adakah post ini juga kau tangguh? Makan tahun juga ni.