Tuesday, January 10, 2017

Mekanisme Pelindung

Saya ni bukanlah bodoh sangat sehingga tidak mampu membezakan binatang ni dan binatang tu. Steve Irwin sebelum meninggalkan kita semua, dah puas memberi info tentang binatang ni dan binatang tu hingga menemui ajal disebabkan binatang.Tapi seringkali juga kita dengan spontan akan menamakan binatang lain dengan nama babi.

"Babi punya kancil!" Bilamana sebuah kereta kancil mempersendakan kita di petak parkir sebuah kompleks beli belah.

Atau,

"Babi punya lipas!" Bilamana seekor lipas celaka terbang dan menyerang kita di tandas awam atau kawasan sempit.

Tetapi kita sebagai melayu berwarganegara Malaysia, mem-babi-kan seorang manusia waras adalah perkara normal. Ianya tidaklah dianggap melanggar batas kebiasaan dan norma manusia sejagat mahupun sanak family.

Namun ini tidak bermakna yang kita akan terima sebulat-bulatnya. Lebih-lebih lagi bila kita yang menjadi mangsa yang telah di-babi-kan. Perkara ini akan menjadi lebih babi dan serius bilamana kita telah di-babi-kan oleh orang yang tidak dikenali atau tidak rapat dengan kita. Babi betul kan?

Seperti situasi yang telah berlaku pada saya baru-baru ini bilamana saya telah di-babi-kan oleh akak pendek akal dan kurang ilmu sivik.

Ceritanya begini, saya ni kan bekerja di gedung perabot terkenal berasal dari Sweden yang begitu popular dengan bebola dagingnya. Jadi sebagai pekerja di bahagian penjualan, sudah tentu lah saya akan bertemu dengan berbagai macam ragam pelanggan.

Hari tu kan busy gila tau. Musim cuti sekolah dan juga musim orang habiskan cuti tahunan.

Saya yang sedang mengemas ni ternampak la dua orang perempuan kategori kakak tengah bukak packaging satu barang ni. Benda macam ni saya dah selalu nampak sebenarnya tapi malas nak layan. Korang bukan tak paham Malaysian ni macam mana. Pantang kena tegur.

Tapi hari tu saya lain. Saya bukan saya yang selalu. Saya tiba-tiba jadi sakit hati bila akak-akak tu suka hati bukak packaging bukan satu, tapi dua. Tapi dalam panas hati tu saya kena tahan juga. Saya tak boleh la nak terus maki saja. Saya ada otak. Walau tak bijak.

"Hai Kak. Ada masalah ke sampai 2 bungkus barang ni akak koyak kan? Display dah ada tu." Saya tanya dengan nada rendah dan masih bersopan.

"Oh ni ha akak nak tengok dalam dia macam mana. Takut ada koyak ke kotor ke." Akak tu bagi alasan.

Saya dengan wajah menyampah pun balas, "Kalau dah dalam packaging tu tak kotor lah Kak oi. Kalau satu je akak bukak takpe la. Ni sampai dua buat apa."

Mata akak tu mengecil sikit. Saya tahu dia panas kena tegur.

"Hello! I'm a customer. I can do anything. Customer is always right!" Balas akak tersebut dengan nada tinggi hingga didengari oleh segelintir pelanggan sekitar itu.

Eleh! Sakit hati la tu dengan kita

Mengikut pengamatan saya, kebanyakan pelanggan yang mula sebut 'customer is always right' ni hanyalah bertujuan untuk menegakkan benang yang basah saja. Kebanyakan. Jadi sebagai seorang pembantu jualan, 'customer is always right' adalah perkataan yang amat dibenci oleh kami. Perkataan yang taboo. Perkataan yang tak patut digunakan sebagai mekanisme pelindung.

Sebaik mendengar perkataan taboo tersebut, saya pun membalas dengan nada spontan.

"Customer bukan Tuhan."

Belum sempat akak celaka tu nak balas yang mungkin tak terbalas, akak lagi sorang merangkap kawan dia dah tarik tangan dia dengan tujuan untuk berlalu pergi dan tidak mahu untuk mengeruhkan keadaan.

"Babi!"

Cuma itu yang saya dengar sebagai ayat terakhir dari beliau yang kemudian samar-samar hilang.



*tapi kalau akak tu cakap dia tak percaya Tuhan atau dia atheis, silap-silap dia yang kena 'babi'













2 comments:

Anonymous said...

Lamanyaaaaaaaaa hilang ! :(

Aizuddin Jaafar said...

Hoiiiiii dah 2 tahun baru nak tulis balik?