Tuesday, March 10, 2015

Berguna Tak Diperguna

Ramai yang tak tahu bahawa aku adalah seorang yang amat berguna di mata keluarga aku. Tidak keterlaluan rasanya jika aku ini diibaratkan seperti pokok kelapa yang kita semua sedia maklum bahawa ianya berguna dari akar hingga ke hujung daun. Oleh sebab itu, aku juga sering dipergunakan.

Ada satu hari tu kan, aku sedang bekerja. Adik aku hantar mesej mengatakan tombol pintu biliknya rosak dan memerlukan abang yang berguna untuk membaikinya. Untuk memudahkan kerja, aku suruh dia beli dulu tombol pintu baru dimana-mana kedai hardware berdekatan.

Sampai saja dirumah, tombol pintu bilik adik aku dah siap diperbaiki. Jadi aku sebagai orang yang berguna terasa seperti tidak berguna pula pada waktu itu.

"Kau pasang sendiri ke tombol pintu tu?" Aku tanya adik.

"Ha ah." Ringkas jawapannya.

"Dari mana pulak kau belajar pasang tombol pintu?" 

"Dari kesilapan."

"Gedegang!" Aku terajang pintu.