Sunday, April 19, 2015

Jika Itu Yang Ku Perlu

Sejak bekerja di gedung perabot berasal dari Sweden ni, hujung minggu bukanlah untuk aku. Asal hujung minggu saja, aku kena bekerja dan sedia dibuli oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berbudi. Jadi seperti hujung minggu yang selalu aku tempuhi, aku bekerja pada hujung minggu lepas.

Lautan manusia memenuhi ruang legar gedung. GST tak GST, sama juga sakannya membeli belah. Balik rumah buka Twitter buka FB, membebel barang naik sana sini. Bodoh sendiri tak reti berjimat tak pula disedari. Ntah apa nak jadi. Sama bodoh macam menteri.

Ntah macam mana, minggu lepas aku kena bertugas menjaga hal ehwal pelanggan di sekitar ruang serbaneka. Kiranya kalau ada kecurian, kecelakaan, telefon pintar kepunyaan pelanggan kurang pintar hilang, anak hilang atau hilang pedoman, aku lah yang kena bertanggungjawab dan perlu menyelesaikan perkara tersebut.

Nak dijadikan cerita, waktu tu dah malam. Buletin Utama pun dah start. Aku sedang melakukan rondaan sekitar ruang serbaneka dan tika itu aku disapa oleh seorang gadis berwajah kacukan. Alah aku tahu la dia berwajah kacukan. Melayu tepu mana ada muka macam dia.

" Hai! Boleh tolong I tak? I tak jumpa my mom. Phone I kat dia so I tak boleh call dia." Merintih gadis kacukan tersebut.

Walaupun seorang Zahir sering bernafas dalam ego, namun tidak pula aku mampu untuk membiarkan gadis kacukan tersebut terus merintih mencari ibunya yang hilang. 

Oh kasihan oh kasihan aduh kasihan. Ya, ianya bait-bait lirik dari lagu Ibu Ayam Dikejar Musang.

"Jangan khuatir. Saya kan ada. Ambil phone ni dan call phone awak yang ada kat mama awak tu." Sambil aku hulurkan telefon bimbit pemberian gedung untuk mereka yang bertugas pada hari tersebut.

Jimat kredit aku kan? Pakai otak.

Setelah 2 minit gadis tersebut buat panggilan dan bertanyakan lokasi mamanya, perbualan mereka pun tamat. Phone yang digunakan tadi diberikan semula kepada aku.

"Thanks. Hmmm memang benar apa yang tertulis pada button yang terlekat di baju you tu. And, I love you too." sambil jarinya menuding ke arah button yang tertulis 'We Love Our Customers' yang sekian lama terlekat pada baju aku.

Sebaik gadis kacukan tersebut hilang dari pandangan, aku mengandaikan jika jodoh kami berpanjangan, pastinya mak aku bersetuju dan aku akan memberikan cucu yang comel lengkap berambut perang untuknya.

Dan kejadian ini akan aku ceritakan pada anak cucu aku betapa manisnya pertemuan kami.

Sebelum aku mengakhiri kisah ini, nombor telefon gadis tersebut sudah aku miliki tanpa perlu meminta-minta. Pakai otak kan?




Tuesday, March 10, 2015

Berguna Tak Diperguna

Ramai yang tak tahu bahawa aku adalah seorang yang amat berguna di mata keluarga aku. Tidak keterlaluan rasanya jika aku ini diibaratkan seperti pokok kelapa yang kita semua sedia maklum bahawa ianya berguna dari akar hingga ke hujung daun. Oleh sebab itu, aku juga sering dipergunakan.

Ada satu hari tu kan, aku sedang bekerja. Adik aku hantar mesej mengatakan tombol pintu biliknya rosak dan memerlukan abang yang berguna untuk membaikinya. Untuk memudahkan kerja, aku suruh dia beli dulu tombol pintu baru dimana-mana kedai hardware berdekatan.

Sampai saja dirumah, tombol pintu bilik adik aku dah siap diperbaiki. Jadi aku sebagai orang yang berguna terasa seperti tidak berguna pula pada waktu itu.

"Kau pasang sendiri ke tombol pintu tu?" Aku tanya adik.

"Ha ah." Ringkas jawapannya.

"Dari mana pulak kau belajar pasang tombol pintu?" 

"Dari kesilapan."

"Gedegang!" Aku terajang pintu.