Tuesday, August 19, 2014

Bila fikir balik, tu je lah yang aku dapat

"Sejak dari tahun 2009 awak menulis kat blog ni, apa yang awak dapat? Duit? Populariti? Awek?" 

Soalan ini telah ditanya oleh seorang gadis 'ada rupa' yang telah lama berkawan di Facebook kononnya tapi tak pernah borak sehinggalah dia tanya soalan ini. Yang aku pun tak perasan dia 'ada rupa'. Celanat! Kalau dah add tu tegur la! Awak tu 'ada rupa', takkan kita tak layan pula kan.

Tapi aku belum jawab lagi soalan dia ni.

Bila fikir balik, memang celaka ntah apa yang aku dapat agaknya dari blog ni. Sebenarnya dulu aku tak tahu pun yang aku boleh dapat duit dari blog bodoh ni. Nuffnang apa jadah tu tak pernah pun bagitahu yang dorang boleh bagi duit kat aku. Tapi kalau aku ada Nuffnang pun, aku bukan Hanis Zalikha boleh dapat duit banyak gila.

Cuma tahun lepas aku kira berpeluang juga nak buat duit hasil dari blog ni sebab ada publisher tengah naik kononnya nak menerbitkan hasil tulisan aku. Walaunpun aku tampak ego, jauh disudut hati ini ada juga sedikit bangga. Sebelum bulan Ramadhan tahun lepas, aku pergi la jumpa publisher tu kat sebuah event jual-jual baju indie. Dimintanya aku hantar manuskrip lebih kurang 100 entri.

Dia minta 100, aku bagi 100 lebih. Dia minta kurang lagi pada 80 entri, aku ikut cakap dia. Gila kau! Yang minta manuskrip tu bukan orang biasa-biasa. Bebudak puisi mesti sanjung punya mamat ni. Tapi sekarang ni dah 2 kali hari lebaran yang aku sambut, diam saja dorang. Tak rasa bersalah ke terbagi hope kat aku? Aku juga seorang insan tau. Nampak sangat masa minta manuskrip dari aku tu, dia tak baca blog aku.

Mungkin dorang terasa rugi kot kalau terbitkan hasil kerja aku sebab memerlukan kertas dan dakwat yang banyak. Tak macam buku-buku puisi yang dorang terbitkan. Satu muka surat berapa patah perkataan la sangat. Mesin mencetak buku sudah pasti gembira kerana tak perlu berkerja keras dan juga tidak menggunakan dakwat yang banyak.

Bila fikir balik, aku rasa tindakan publisher tu ada betulnya juga. Kalau nak diambil kira soal marketing, tulisan macam aku ni apa jadah orang nak habis duit untuk baca. Lagipun orang tak kenal aku. Kalau aku lepak dengan bebudak 'Blogger Tegar' dan pernah ikut gathering mereka hingga ke Genting Highland atau sering berbalas komen dengan mereka yang juga penulis atau konon-konon boleh tulis, mungkin peluang aku untuk dikenali lebih cerah.

Kiranya kalau aku bawah satu anak tangga dari Mofasad tu kira ok la. Kira orang kenal la juga. Kira kalau pergi mana-mana event tu, ada juga la yang nak tegur dan berdamping. Tapi aku sebenarnya tak kenal pun Mofasad ni dan kenapa ramai orang kenal dia, mungkin dia seorang yang peramah. Yang aku tahu aku kenal dia sebab pernah nampak dia menangis kat stadium lepas kena marah dengan polis. Ini aku tak tipu oi.

Bila fikir balik, elok juga orang tak kenal aku. Cuba bayangkan kalau ramai yang kenal tapi tulisan kat blog macam celaka, mesti orang lain mendapat dosa akibat mengata aku.

"Ah Zahir tu suka menyelit. Pergi mana-mana event je ada muka dia. Buka Facebook, muka dia. Buka Twitter, muka dia. Tulis blog pun macam bagus. Lepas tu sibuk nak lepak dengan orang popular. Sebab tu ramai orang kenal. Suka menyibuk."

Hah! Taknak la aku macam tu sebab lagi orang kenal kau, lagi ramai la yang tak suka kau. Aku ni pun bukannya elok sangat perangai. Lagipun biar la orang kenal kita secara semulajadi, bukan sebab kita beriya-iya untuk dikenali.

Bila fikir balik, kalau ada gadis-gadis nak mengenali hati budi aku setelah baca blog ni teramatlah dialu-alukan. Semenjak blog ni dibuka. semenjak itu juga lah aku takde awek. Kalau tak silap. Tapi kalau tulis pasal diri sendiri, awek mana nak sangkut. Kalau aku 'ada rupa' atau paling tak pun berayat manis dan pandai tulis hal-hal cinta, pasti ada yang sangkut. Menyesal aku tak berkawan dengan bebudak Terfaktab.

Habis tu apa yang aku dapat selama menulis benda bodoh kat blog ni selama lebih kurang 5 tahun?

Jadi jawapan untuk soalan dari gadis 'ada rupa' tersebut adalah, aku hanya dapat sekelumit senyuman untuk diri sendiri setelah aku baca balik kesemua entri-entri aku dari tahun 2009 hingga sekarang.

SEMUA ENTRI AKU BACA BALIK TAU!

Aku rindu diri sendiri.