Monday, May 6, 2013

Kalau Mawi jadi calon masa dia tengah top dulu, silap-silap Johor dia pegang.

Seperti yang semua maklum, Ahad lepas kan kita ada pilihanraya umum. Jadi aku sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab kononnya telah bangun awal untuk pergi mengundi. Ala pukul 10 pagi tu kira awal la juga kan. Kalau diikutkan hati ni malas juga nak keluar mengundi sebab BN dan PKR ni aku tengok dah macam kelab teater dia punya drama. Tapi bila teringat akan Tomok yang berpesan hari-hari untuk keluar mengundi melalui lagunya, aku akur. Come on! Tomok kot yang pesan.

Belum sempat aku bangkit dari katil, Midi call aku ajak pergi mengundi bersama. Mak aku pukul 8 pagi lagi dah keluar mengundi kalau tak silap. Komited sungguh. Lepas dah mandi dan berbau wangi, aku cari sarapan kat meja makan. Cantik, ada lontong. Rasa macam pagi raya. Oleh kerana aku makan lontong pakai sudu garpu, jadi aku sempat la buka instagram. Wah! Seperti yang dijangka gadis-gadis dah mula upload gambar jari berdakwat kekal tapi kalau kena air boleh hilang. Aku rasa mereka ni pergi mengundi sebab nak kan jari berdakwat kekal agar boleh memperolehi 'like' beribu-ribu lemon di instagram. Rasanya la. Jahat mulut tuduh-tuduh tau!

Seperti yang semua gadis maklum, aku memang sporting. Ya aku bagi peluang pada mereka memandangkan benda ni berlaku 5 tahun sekali. Takkan la aku nak marah gadis-gadis berjari gebu dan comel kan. Aku ni manusia biasa yang sememangnya akan tewas pada keindahan.

Rasanya dalam pukul 12 tengahari baru aku dan Midi bergerak ke pusat mengundi. Depan pusat mengundi tu memang meriah nak mampus. Penyokong parti masing-masing sibuk mengibarkan bendera sambil melaungkan nama parti. Semestinya birthday party pun tak semeriah ni. Aku kebetulan dan tanpa niat telah mengenakan baju berwarna biru. Pakcik berbaju 'Sayangi Selangor Yakini BN' dan makcik wanita Umno bukan main lagi menunjukkan ibu jari tanda bagus. Pakcik berkopiah lebai dan makcik bertudung labuh memberi jelingan yang tajam menikam. Celaka! Undi rahsia kot.

Bila aku dah dapat kertas yang menunjukkan bilik yang perlu aku mengundi, aku bergegas ke sana. Aku bersyukur bila tengok orang beratur tak lah ramai sangat. Dengar kata kalau datang pagi lagi ramai gila babi nak mampus. Aku telah dididik dari kecil supaya kalau nak makan nasi lemak kat kantin sekolah rendah, kau kena beratur. Melainkan kalau kau kirim orang suruh beli, orang tu la yang kena beratur. Tapi ni kena mengundi. Mana boleh kirim-kirim. Nak kirim salam pada awek boleh la. Tapi waktu aku mengundi, tak ramai awek. Boring betul.

Bila dah selesai mengundi, adakah aku akan berperang hal politik di laman sosial? Tak. Aku masih pakai otak. Dan aku harap yang banyak cakap tu boleh la cuba-cuba jadi wakil rakyat bila dah layak nanti. Kalau macam aku ni jadi pengawas pun tak pernah, tapi pernah la jadi bos. Kira kita bos la kan sebab wakil rakyat berkhidmat untuk kita. Kan kan kan?