Monday, February 25, 2013

Mudah Terhibur

Pada Tahun Baru Cina yang lalu, aku langsung tak berkesempatan untuk menonton filem Hong Kong yang telah disiarkan di tv. Ha semua nak tahu la tu sebab apa kan? Ah kalau tak nak tahu pun aku bagitahu jugak. Sebab aku pergi Port Dickson dengan kawan-kawan dan awek mereka. Ya, rancangan kami berjaya dengan lancarnya.

Aku pergi sana tumpang kereta Aiman. Dalam kereta Aiman tu ada tunang dia, aku dan Midi. Pada mulanya Achik dan Shah yang naik kereta Aiman tapi kereta Aiman tu lowered. Jadi bila Achik dan Shah yang bersaiz kuat makan ni naik kereta yang lowered, tak berapa elok la kan. Kebetulan pula, tunang Aiman pun bersaiz seperti mereka. Minta maaf banyak la tapi itu fakta.

"Kahkahkah! Kawan-kawan kita memang ramai yang gemuk la." Aiman.

Aiman terhibur sebaik saja penukaran penumpang berlaku. Aku dan Midi gelak sikit. Nak gelak besar tapi takut tunang Aiman terasa pula. Tunang Aiman diam dan langsung tak terhibur dengan lawak Aiman. Bodoh punya Aiman! Langsung tak jaga hati tunang. Padahal dia la penyebab tunangnya berbadan macam tu. Dulu masa belum bertunang, molek saja badan.

Setelah menempuh perjalanan yang tak berapa lancar, kami pun tiba di Port Dickson. Kami tiba paling awal sebab Aiman memandu di lorong kecemasan bagi mengelak jalan yang sesak. Celaka punya perangai. Oleh kerana sampai paling awal, kami pura-pura jadi urban. Kami pergi McD beli makanan. Rasa macam pelajar UITM Shah Alam saja tau.

Masa tu dalam perjalanan ke tempat penginapan.

"Wei kau tahu tak apa nama tempat ni?" Midi tanya.

"PD la kan?" Aku jawab.

"Bukan. Cuba tengok signboard tu." Sambil jari Midi ke arah signboard tapi bibir terjuih ke arah tunang Aiman yang duduk dihadapan.

Aku dan Midi yang berada dibelakang merah-merah muka menahan ketawa. Celaka! Oleh kerana kami mudah terhibur, signboard yang tertulis 'Tanjung Gemuk' berjaya menghiburkan kami. Cuma kami menahan ketawa untuk mengelak dari menyakiti hati tunang Aiman.

Minta maaf.




Wednesday, February 20, 2013

Mudah dan ringkas

Sebenarnya mak aku tak berapa sihat hari ni. Tak lalu makan dan tak berupaya nak membuang jentik-jentik yang mungkin berada pada alas pasu bunga kertas dihalaman rumah. Jadi sebagai anak lelaki yang comel, aku pasti akan bertanyakan apa-apa yang perlu dilakukan. Kalau pasal klinik, awal-awal lagi aku dah hantar tau.

 Mak aku tak sihat, jadi dah tentu dia malas nak masak. Aku boleh la kalau setakat nak masak megi tu tapi mak aku tak sihat. Orang tak sihat jangan bagi makan benda yang tak sihat. Orang pandai dan kacak seperti aku takkan bagi orang tak sihat makan benda tak sihat. Tambahan pula orang yang tak sihat tu mak aku sendiri.

Walaupun begitu, mak aku ada buat permintaan.

 "Tolong masakkan bubur untuk mak. Senang sikit nak makan." 

"Tapi mak, Zahir mana pandai masak bubur."

"Tiap kali kalau kau masak nasi, lagi sikit je nak jadi bubur mak tengok." 

10 minit saja aku perlukan untuk memenuhi hasrat mak yang ingin menjamu selera dengan bubur. Alah tak mahal pun. RM3.50 saja aku beli. Sedap pun sedap.

Tuesday, February 19, 2013

Thursday, February 7, 2013

Makwe nak ikut


Seperti orang lain juga, waktu cuti mesti rasa nak bercuti kemana-mana tempat yang menarik. Lagi berduit lagi menarik tempat yang nak ditujui. Aku kalau berduit pun rasa nak ke Paris tengok mat saleh comolot depan Eiffel Tower. Tak pun pergi Bali bergaduh dengan ombak. Jadi cuti Tahun Baru Cina kali ni, aku dan rakan-rakan bercadang nak ke Port Dickson saja. Bosan kan?

Walaupun Port Dickson dah kira selalu sangat pergi, tapi dah takde pilihan lain. Pada mulanya nak ke Tasik Banding, memancing. Bila dikira bajet, melampau pula harganya. Pergi Tasik Kenyir tahun lepas pun tak melampau harganya. Ah lagipun bukan semua kawan aku suka memancing dan mempunyai sifat sabar yang menebal. Kesian la dorang bayar mahal-mahal tapi buat benda yang dorang benci. Baik makan KFC.

Macam biasa, aktiviti wajib seperti BBQ mesti akan dilaksanakan di Port Dickson. Kawan-kawan aku pun memang jenis badan sedap-sedap belaka. Jenis kalau sehari tak makan nasi, badan menggigil. Maknanya selain dari duit minyak dan tol, bajet BBQ mesti ada sikit. Berapa ekor ayam yang perlu dibeli pula bergantung pada jumlah  orang yang akan turut serta dalam percutian ini. Selalunya, kami beli ayam satu reban.

Walaubagaimanapun, tempat tidur jadi masalah. Sebelum ni kami tidur kat khemah saja sebab yang pergi semuanya lelaki. Ya, lelaki-lelaki di Gombak memang terkenal dengan sifat lasak dan tidak ambil kisah sangat. Namun percutian kali ni mungkin akan turut disertai oleh kaum perempuan. Dengar kata ada yang nak bawa awek.

Sebenarnya kurang selesa ada perempuan tapi nak buat macam mana, dah dorang nak ikut. Nak halang pun tak boleh, nanti merengek pula. Jadi bila dah ada perempuan ni, nak tak nak pakwe-pakwe kena juga cari hotel ada chalet untuk mereka tinggal. Lelaki takpe, lelaki terer. Macam biasa tidur kat khemah la kot.

"Leceh la ada perempuan. Nak booking chalet waktu sekarang ni dah banyak yang penuh." komen salah seorang pakwe yang perlu membawa makwe secara terpaksa kononnya.

"Sebab tu aku tak nak jadi hensem." balas Adib.

Nampak macam takde kena mengena kan? Sebenarnya ada.