Tuesday, January 22, 2013

Tragedi yang rock

Semalam,telefon berdering pukul 11 pagi. Nombor tak kenal. Oleh kerana nombor tak kenal aku secara automatik fikir orang yang buat panggilan ni mesti nak suruh datang temuduga kerja atau paling tak pun gadis molek ajak makan tengah hari kat kedai makan mahal. Bila aku jawab panggilan telefon tersebut, rupanya Midi minta tolong tunda motor dia yang rosak kat Jalan Duta.

Midi tinggalkan motor dia kat Jalan Duta dan dia balik rumah naik teksi. Persoalannya kenapa dia tak telefon aku awal-awal supaya aku boleh terus pergi Jalan Duta? Kenapa dia perlu balik rumah? Jawapannya kerana telefon bimbitnya rosak masuk air. Jadi dia tak boleh telefon aku awal-awal. Tragik sungguh nasib si Midi ni. Sebenarnya ada lagi tragik. Saing-saing Titanic dah dia punya tragik.

Dalam perjalanan nak ke Jalan Duta untuk mengambil motor yang rosak tu, Midi tak habis-habis membebel. Mana tak membebelnya bila dia kena bayar RM35 padang abang teksi walhal abang teksi celaka tu tak pasang meter. Oleh kerana sebelum tu dia kena menapak jauh gila babi katanya untuk mendapatkan teksi, dia malas nak bertumbuk.

" Biar motor saja yang rosak, asal jangan rosak akhlak." kata Midi.

Nak dijadikan lagi tragik, semalam adalah hari kedua Midi bekerja. Tak manis betul hari kedua bekerja dah tak datang kerja kan. Seperti yang dinyatakan tadi, telefon Midi masuk air. Rosak. Maknanya dia tak boleh nak beritahu kejadian yang menimpa dirinya tu awal-awal. Dia kena balik rumah juga untuk pinjam telefon sesiapa.

" Aku telefon ofis. Aku kata motor aku rosak. Dia tanya kenapa tak beritahu awal-awal. Aku cakap telefon aku rosak masuk air."

"Habis tu dia percaya tak?" aku tanya.

"Yang aku tahu, aku terdengar suara bos tergelak besar kat belakang. Kau rasa macam mana?"

Tragik bukan? Motor rosak. Telefon masuk air. Menapak jauh gila kat Jalan Duta. Naik teksi kena RM35. Berhadapan dengan orang-orang ofis yang mungkin tak percaya dengan cerita dia.

Sebenarnya ada lagi.

Oleh kerana aku bukan seorang rempit, tunda menunda menggunakan kaki ni bukanlah kepakaran yang aku ada. Boleh lah setakat slow-slow tu. Slow-slow tu pun sampai juga la di Tol Gombak Lebuhraya Duke. Untuk melengkapkan kisah tragis ni, aku bersepah kat tol tersebut. Aksi aku berguling tu dah saing-saing Kajol punya guling. Bezanya aku tak pakai sari.

Di sini aku berjaya menyelami erti sebenar Rock and Roll. Seluar kegemaran aku secara bersahaja menjadi seluar Kurt Cobain kerana koyak kat lutut ditambah dengan aksi berguling bak Kajol telah menerbitkan erti Rock and Roll yang sebenar. Lantak lah korang nak cakap apa pun. Yang sakit aku, bukan korang. Aku berhak ke atas diri ini.

Tak sangka rupanya aku juga watak dalam kisah tragik tersebut.







Sunday, January 20, 2013

Geli Geleman

Oleh kerana waktu tu sedang memancing, jadi aku dan kawan lain secara automatik akan berbual tentang memancing dan bergelak tawa dengan lawak bangang masing-masing. Rasanya lawak kawan aku lagi tinggi mutunya berbanding kumpulan Bandung Jokers. Aku rasa la. Kami bukan pandai sangat nak buat lawak pasal Sharifah Zohra Jabeen kat Twitter sambil mengharapkan orang akan perasan akan keprihatinan kita tentang isu semasa.

"Kat kolam ni ada haruan jugak ke?" aku tanya soalan tersebut pada Amir.

"Ada punya. Tapi kena pakai umpan katak la."

"Aku semenjak dah besar ni makin geli pulak dengan katak. Dulu masa kecil ok je."

"Sama la." ringkas dan pemalas jawapan dari Amir.

"Eh kau geli dengan binatang apa pula sekarang?" aku bosan jadi aku ajak lagi Amir berbual.

"Aku sebenarnya makin geli dengan badan sendiri. Sebab badan pun dah macam binatang ni."

Lepas tu aku dah tak tanya apa-apa dan buat-buat sibuk memerhati awan.












Friday, January 18, 2013

Monday, January 7, 2013

Tipu-tipu Cinta


Suasana di dalam kereta ketika itu agak mellow bila didendangkan dengan lagu konon-konon sedih tapi ntah siapa la yang menyanyi agaknya. Dari lenggok suara, mungkin Hazami mungkin Fazli Zainal.  Dan tak mungkin Nasir Wahab si misai tebal yang lebih hipster dari hipster . Ntah apa la nasib Nasir Wahab sekarang ni agaknya.

Lepas saja lagu konon-konon sedih tu habis, masing-masing mencarut dan berteka-teki mencari siapa la yang nyanyi lagu konon-konon sedih tu. Tengah riuh tu tiba-tiba handphone Azmi berbunyi menandakan ada orang membuat panggilan padanya. Awek dia rupanya.

"Wei tolong diam sediam-diamnya sekejap." Azmi memohon sambil jari telunjuknya menutup bibir.

Oleh kerana aku duduk sebelah Azmi, jadi aku dengar la suara awek Azmi yang membuat panggilan tersebut. Sebelah kiri aku pula Alif. Alif ni seorang peminat K-Pop tegar sehinggakan gambar ahli SNSD ada beratus-ratus dalam handphone dia. Nak buat modal la agaknya tu. Peha-peha Korea ni jangan dibuat main.

" I kat rumah ni. Tengah tengok TV je." Azmi jawab.

Jadi disini kita boleh agak yang awek dia tanya yang dia tengah buat apa. Tapi Azmi tipu. Kira orait la kot dia tipu untuk kawan. Yang tak oraitnya kami ni boleh dikira bersubahat ke apa.

Selepas Azmi selesai menipu, aku cuba berbual dengan Alif disebelah.

"Tahu tak kenapa aku takde awek?"

"Ntah. Kenapa ek?" Alif jawab sikit disamping inginkan jawapan sebenar.

"Sebab aku tak pandai menipu macam Azmi."

"Setuju! Hahahahahahaha!"

Yang setuju bergelak tawa tu semua kawan aku yang takde awek. Tak sangka aku pandai sedapkan hati kawan yang lain.