Monday, April 1, 2013

Mintak Penyepak

Tadi siang pergi Giant Batu Caves sebab nak beli barang keperluan rumah. Mak aku suruh tapi dia tak ikut sama sebab letih baru balik kenduri. Oleh kerana aku belum minta couple dengan Daiyan Trisha lagi, jadi aku pergi seorang diri saja. Kalau aku dah couple dengan dia nanti baru la aku show off kesana kemari. Waktu tu baru orang Gombak kenal siapa Zahir sebenarnya. Ingat aku tak berupaya ke?

Ramai betul orang kat Giant tadi. Kebanyakannya berkeluarga dengan membawa anak-anak lingkungan sekolah rendah belum khatam Iqra'. Betis-betis pun ada tapi ramai makan KFC. Parking kereta pun penuh tau. Mujur aku berfikir seperti cendiakawan dengan hanya membawa motor. Tak bergaduh langsung nak cari parking.

Bila dah ramai sangat orang kat dalam Giant ni, adegan langgar-langgar troli memang berleluasa. Sempit gila kan. Tu belum masuk lagi hal makcik terjumpa sedara mara lepas tu borak tengah lorong sampai aku nak ambil sabun pencuci pun payah. Dah cakap tumpang lalu pun dia buat tak tahu saja. Ya aku tahu lah suara aku lembut macam Raja Ema masa muda tapi timbang rasa lah sikit makcik oi.

Waktu nak bayar kat kaunter pun boleh buat bergaduh juga bagi mereka yang tidak biasa memancing. Macam aku biasa memancing, jadi sifat sabar dalam diri ni memang sudah terpatri di jiwa. Biasa lah kena beratur panjang sikit. Sekarang ni memang musim orang cari barang keperluan rumah sebab baru dapat gaji kan. Beli barang pun macam esok darurat tak keluar rumah.

Selesai aku beli barang semua, aku terus ke motor. Aku beli barang boleh tahan banyak. Kalau tak banyak, takkan la aku bawa troli tadi kan. Baik aku bawa bakul. Bila barang dah banyak tu, aku perlu gunakan minda yang cerdas untuk menyusun barang dalam raga motor. Sebenarnya otak aku tak lah hebat sangat. Jadi aku mengambil sedikit masa juga nak menyusun barang tu. Dalam keadaan terpinga nak susun barang yang banyak dalam raga motor, aku masih kelihatan comel.

Suddenly,

" Zaza zaza zaza!"

Aku dengar suara gadis comel panggil nama timang-timangan sewaktu di kolej. Panggilan tu dari belakang. Ini bermaksud aku tak nampak wajah dia lagi. Namun yang pasti, gadis tu mesti comel punya lah kerana hanya yang comel saja berani menegur aku sebab bila dorang tegur, mesti aku balas balik. Tak pernah lagi aku mengecewakan mereka. Dikecewakan oleh mereka? Itu nanti aku cerita.

Oleh kerana leher aku tak seperti mereka yang XXL, jadi mudah saja aku toleh kebelakang untuk melihat pemilik suara yang memanggil aku tanpa perlu mengalihkan posisi badan aku. Aku ada beberapa kawan bersaiz XXL yang sukar menoleh kerana leher pendek. Dan berdaki. Daki dah macam kerisik untuk buat rendang tu.

Bila aku dah toleh, baru la aku tahu siapa pemilik suara tersebut.

"Oh! Daiyan Trisha! Wah wah wah pergi Giant pun pakai kebaya tau dia ni. Bertambah-tambah cantik lagi dibuatnya!"

Sengaja aku puji memandangkan gadis memang gemar bila dipuji. Dan sebagai anak jantan yang minta diuji, rasanya ujian melihat keindahan makhluk Tuhan dihadapan aku ni memang patut dipuji. Pujian yang aku berikan pada Daiyan Trisha tu pun memang salah satu sifat terpuji. Tak sia-sia masa kecil dulu aku suruh abah aku belikan album pertama Raihan bertajuk Puji-Pujian. Ntah sapa la yang merembat kaset aku tu agaknya.

Jarak aku dan Daiyan Trisha ketika itu adalah dalam 10 langkah. Kalau ikut kaki budak umur 3 tahun, mungkin dalam 25 langkah.

Tiba-tiba,

"Ahhhh tolong!" Daiyan Trisha menjerit. Tinggi key dia tu.

Nak tahu tak kenapa dia menjerit? Kat depan mata aku, ada sorang mamat bawak EX5 dengan pantas meragut beg tangan Daiyan Trisha. Laju gila mamat tu, macam Naruto. Daiyan Trisha terus tergolek akibat ditarik. Lembik betul Daiyan Trisha sebab langsung tiada pergelutan. Habis tu ingat aku nak berdiam diri? Helmet yang ada dalam raga motor tu aku lempar ke arah peragut celaka tu. Pengalaman bermain rondes bertahun-tahun aku jadikan azimat.

"Kelepap!"

Balingan tersebut tepat mengenai kepala peragut terbabit. Memang tergolek la ceritanya kan. Aku terus meluru ke arah peragut terbabit tapi belum sempat aku nak pijak, dia dah bangun sambil mengeluarkan pisau. Pisau tu tak lah besar sangat tapi boleh la kalau setakat nak asah buat pensil khat. Nampak tajam juga pisau tu sebab bila terkena cahaya matahari, ia mampu memantulkan cahaya.

"Hati-hati nak!" Ada sorang makcik yang juga saksi kejadian memberi peringatan.

"Baca dulu pergerakan lawan wahai anak muda" Pakcik bermisai lebat memberi tunjuk ajar.

Secara jujurnya, ini kali pertama aku berdepan situasi sebegini. Selama hampir 24 tahun aku hidup di dunia, ini lah kali pertama. Ntah apa agaknya yang mendorong aku untuk jadi berani sebegini. Mungkinkah ini kuasa cinta? Mungkin juga kerana Daiyan Trisha sedang memandang aku dengan penuh harapan. Sememangnya ini saja masanya untuk aku tunjukkan sesuatu pada Daiyan Trisha.

"Dengan kuasa cinta! Akan menghukum mu!" Aku jerit.

Jeritan aku tu langsung tidak menakutkan peragut terbabit kerana dia terus menyerang aku sebaik aku selesai menjerit. Seperti yang aku katakan tadi, pantas macam Naruto. Walaupun peragut terbabit pantas, tapi dia tak tahu yang aku ni peminat filem-filem Jackie Chan. Dengan hanya 2,3 pergerakan ringkas, peragut tadi rebah menyembah bumi. Aku tumbuk tangan ke udara gaya seorang juara.

Daiyan Trisha berlari-lari anak mendapatkan aku sambil aku hanya mendepakan tangan menantinya. Dipeluknya aku hingga lupa bukan muhrim.

"Wangi bau rambut awak. Syampu apa ni?"

"Terima kasih! Tak sangka awak begitu berani berhadapan dengan maut hanya untuk menyelamatkan beg tangan saya." Dia tak jawab pun soalan aku.

"Sedangkan racun pun akan saya telan kalau awak menyatakan ianya madu wahai sayang."

Daiyan Trisha masih hangat dalam dakapan aku manakala para hadirin ada yang menjerit-jerit, bertepuk tangan dan juga menangis menyaksikan kemanisan kejadian tersebut yang tidak mungkin dapat disaksikan lagi dimana-mana melainkan dari filem-filem romantis box office.


"Saya pakai syampu bawang Jackie Chan." Daiyan Trisha baru jawab.



*minta maaf pada mereka yang terlibat terutama sekali Daiyan Trisha yang dah tentu takde kena mengena langsung dalam hidup aku.

15 comments:

hejauw said...

hahahha bongok lah

fasha said...

menyesal baca sampai habis

zahirlunatik said...

hulk, tak baik cakap orang bongok

fasha, sesal dahulu pendapatan

miss addin said...

hahaha.. serabut la zaza nie.. puii.. #gelakguling2

Anonymous said...

kenapa za...kenapa ko buat cite mcm ni..isk isk isk

Anonymous said...

Jadi yg pasal peragut tu betul ke tak sebenarnya?

Anonymous said...

kalau psl peragut tu btol..konpem2 si zaher ni kt spital skang ni.

zahirlunatik said...

minta maaf banyak banyak ye semua

nadia alba said...

banyak tengok drama melayu ni

kiba said...

hahahahahha adoiii pecah perut.

zahirlunatik said...

nadia, drama kegemaran saya vanila coklat

kiba, maaf ye abang mesir

intan said...

gud job!!!!

jfreeshah said...

tipikal zaza.. hahah

Nurfatin Liyana said...

ahahaha! bedebah la weh.

Anonymous said...

Ko mmng bongok sejak dibangku sekolah lagi..sekian