Sunday, March 24, 2013

Seram Sejuk Rumah Sewa


Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Arul yang sebilik dengan aku kat rumah sewa ni nampak gaya tak rasa nak berhenti dari bercerita. Ada saja topik yang ingin diketengahkan pada pagi-pagi buta ni. Yang aku pula dah macam digodam, layankan saja cerita si Arul. Sekejap dia cerita bola, sekejap dia cerita gadis. Kadang-kadang dia cerita dia lah yang paling rajin kalau ada kenduri kendara di kawasan rumahnya di Senawang. Jangan harap aku nak percaya. Kat rumah sewa ni pun kalau dia guna pinggan, jangan harap dia nak basuh. Dia biar saja dalam sinki.

Bilik sebelah ada Capik dan Zul Maple. Aku rasa mereka dah tidur. Bilik mereka selesa. Sejuk pun sejuk. Lagi satu takde bau rokok. Bilik aku ni, Arul tak pandai nak ke ruang tamu kalau nak merokok. Tak hormat langsung pada aku yang tak merokok ni. Selimut dia pun dah melekat bau rokok. Dah lah bau rokok seludup. Jenama rokok pun ntah apa-apa. Jenis banyak sangat layan band Ungu dengan Samsons la ni. Tapi bila pensyarah aku kata muka aku macam Rangga atau nama betulnya Nicholas Saputra, pandai pula dia jeles. Hmmm.

Kat ruang tamu ada Nazrin dan Faliq. Mereka ni tak gemar nak tidur kat bilik sebab nak main dota. Aku tak minat langsung main dota walaupun kat laptop aku tu ada game tersebut. Selama kat rumah sewa aku, Nazrin yang selalu guna laptop aku untuk berdota. Baguslah dia main dota dari dia tengok video bukan-bukan dari pendrive dia tu. Nazrin ni pun bukan boleh percaya. Gatal dia macam celaka. Kalau pergi pasar malam,mata dia bukan pada makanan yang dijual pun. Asyik nak usha gadis saja. Dah lah asyik ajak aku usha sekali. Mujurlah aku rasa pelawaan Nazrin tu mampu buat aku tersenyum.

Setelah letih bercerita, si Arul ni pun bangun untuk mengambil rokok dalam almari. Oleh kerana Arul saja yang bercerita dari tadi, suasana menjadi sunyi sepi bila Arul berhenti bercerita. Tiba-tiba ntah macam mana kami terdengar bunyi ada orang berlari-lari kat ruang tamu. Pakej sekali dengan ketawa kecil. Celaka tak tidur lagi Nazrin dengan Faliq ni rupanya. Aku tak kisah la kalau mereka tak tidur lagi tapi apahal sampai nak berlari-lari sambil tertawa kecil tengah-tengah malam ni. Sukan Komanwel punya musim ke sekarang ni?

“Wei usha sikit dorang kat depan tu. Apa hal sampai berlari-lari.” Arul suruh.

Oleh kerana aku rajin dan kurang melawan, aku pun keluar dari bilik untuk ke ruang tamu. Nak tahu juga apa yang lucu sampai terdengar mereka ketawa sambil berlari. Letih siot ketawa sambil berlari. Watson Nyambek pun tak buat macam tu masa Suka Sea. Aku ambil kira-kira enam langkah saja untuk sampai ke ruang tamu yang memang tak jauh dari bilik aku. Setelah sampai ke ruang tamu, aku pilih untuk langkah seribu kembali ke bilik. Laju gila. Mungkin kurang sesaat. Dan aku kembali dengan wajah cuak.

“Eh cepatnya. Pahal dorang berlari-lari tadi?”

“Dorang dah tidur sial. Nazrin siap berdengkur lagi. Rasanya kita pun patut tidur ni.” aku balas serius gila.

Malam tu aku dan Arul tidur sambil berpeluh. Tidur rapat-rapat. Dan buka radio Era kuat-kuat.

"Tolong baca doa kuat sikit Zahir." Arul bersuara dari dalam selimut.

12 comments:

karenontheshore said...

damnn..seram. aku imagine budak lelaki dalam ju-on..err toshio kan.

Ausz Alimin said...

aku tau crtr ni! kes main guli? cangkul tgh mlm? mana? hahaha :p

Anonymous said...

ni kes ruma kat sentosa kan ? hahaha

zahirlunatik said...

karen, sori aku jarang tengok citer seram

aus, letih la nak citer semua

anon, desa sentosa aka niang rapik

AAINA said...

nasib baik dia main lari2 kat ruamng tamu, kalau dia masuk bilik engkorang? haaaa. hehehe

kiba said...

Rangga gombak kekeke

fasha said...

walaupun seram cite ko nih, tapi aku rasa lawak gila.

zahirlunatik said...

aina, jangan la gitu

kiba, aduhai!!!

fasha, terima kasih sanda

Juice said...

Satu je aku pesan : masuk jamban jangan pandang atas.

zahirlunatik said...

selalu jugak aku pandang atas sebab tak nak tengok taik

maira azmi said...

cerita ni seram tp pengolahan yg kelakar... seronok laa baca citer ni...

cara membuat rumah sejuk dan dingin tanpa ac said...

Bagus neh blog nya :)