Thursday, March 7, 2013

Menjadi Adiwira

Sedang aku melepak dan tak main judi bersama teman-teman di sebuah restoran mamak berhampiran rumah, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada orang buat panggilan. Macam biasa, nombor tak kenal. Jadi aku mengharapkan nombor ni kepunyaan awek jual perfume di Sogo yang berjaya meluluhkan hati ini tempoh hari. Jangkaan aku meleset. Rupanya Razman yang selalu sedapkan hati sendiri dengan menyatakan diri sendiri kacak tu yang call aku.

" Wei. Tolong datang Restoran Zubaidah, Danau Kota sekarang. Shikin pengsan la tadi. Nak mintak tolong kau bawak kereta dia balik rumah."

Aku tak cakap banyak dan malas sikat rambut, aku terus pecut ke Danau Kota. Oleh kerana kecekapan aku menunggang motor memang diakui hebat oleh JPJ sendiri, jadi aku sampai ke Danau Kota dalam masa yang agak singkat. Orang masak megi pun tak pantas macam aku. Selama ni, aku hanya kalah pada kepantasan cahaya.

Setibanya aku ditempat kejadian, Razman dengan wajah bersyukur ala-ala baru dapat gaji pertama menyambut ketibaan aku yang pada ketika itu belum sempat menanggalkan helmet. Dengan suara termengah-mengah, dia menyatakan Shikin dah sedar dan telah dimasukkan ke dalam kereta untuk tujuan berehat dan pekena aircond. Dalam kereta tu ada sepupu Shikin juga. Sepupu Shikin yang ntah apa namanya tu tak pandai bawak kereta dan bermulut Sarimah Ibrahim. Dia juga mahir berbahasa Inggeris tanpa rasa jemu.

Bila aku lihat keadaan Shikin yang lemah seperti ikan naik ke darat, aku rasa lucu. Tahap lucu tu lebih kurang macam baru lepas tengok artis terjatuh kat tangga sebelum menerima anugerah. Sebab apa lucu? Sebab punca dia pengsan tu ntah apa-apa punya punca. Kiranya tak patut betul dengan punca seperti itu, dia boleh pengsan di khalayak ramai. Aku pasti, khalayak yang berada di tempat kejadian pun mesti merasa lucu sikit-sikit.

Tak patut langsung hisap shisha boleh pengsan. Kalau pengsan sebab terjatuh ketika dikejar anjing dikawasan perumahan, boleh la aku kesian.



 * ya aku seorang adiwira yang tidak memerlukan topeng untuk melakukan pertolongan di sekitar bandar. aku rasa tak perlulah aku menyembunyikan wajah manis ni dari tatapan gadis-gadis yang dambakan cinta seorang adiwira perkasa.

10 comments:

Juice said...

Tahniah Zahir atas tindakan cekap dan urban

zahirlunatik said...

terima kasih atas pujian yang melambung

bukankosong said...

sbb hisap shisha?

bleh plak yerrr

tarique said...
This comment has been removed by the author.
Razman said...

kau lupa masukkan dialog sarimah ibrahim

"Man, do something! please do something!"

kalau aku buat sesuatu kat sepupu dia tu betul2 baru tahu.

zahirlunatik said...

kosong, apa pulak tak boleh. ini la buktinya

razman, aku takde kat tempat kejadian. kalau ada, mungkin lebih seronok nak bercerita

hejauw said...

hahahha..dasyat penangan sisha nih..
tlg ckp kt razman suruh diam update blog, lama sgt aku xsenyum sorg2 lepas baca entri dia

zahirlunatik said...

tak urban la update blog. twit twit twit lagi senang

hejauw said...

malangnya aku ni pesen lama..tak reti nk bertwit twot nih hahaha

bintang kejora said...

Ekekeke