Thursday, February 7, 2013

Makwe nak ikut


Seperti orang lain juga, waktu cuti mesti rasa nak bercuti kemana-mana tempat yang menarik. Lagi berduit lagi menarik tempat yang nak ditujui. Aku kalau berduit pun rasa nak ke Paris tengok mat saleh comolot depan Eiffel Tower. Tak pun pergi Bali bergaduh dengan ombak. Jadi cuti Tahun Baru Cina kali ni, aku dan rakan-rakan bercadang nak ke Port Dickson saja. Bosan kan?

Walaupun Port Dickson dah kira selalu sangat pergi, tapi dah takde pilihan lain. Pada mulanya nak ke Tasik Banding, memancing. Bila dikira bajet, melampau pula harganya. Pergi Tasik Kenyir tahun lepas pun tak melampau harganya. Ah lagipun bukan semua kawan aku suka memancing dan mempunyai sifat sabar yang menebal. Kesian la dorang bayar mahal-mahal tapi buat benda yang dorang benci. Baik makan KFC.

Macam biasa, aktiviti wajib seperti BBQ mesti akan dilaksanakan di Port Dickson. Kawan-kawan aku pun memang jenis badan sedap-sedap belaka. Jenis kalau sehari tak makan nasi, badan menggigil. Maknanya selain dari duit minyak dan tol, bajet BBQ mesti ada sikit. Berapa ekor ayam yang perlu dibeli pula bergantung pada jumlah  orang yang akan turut serta dalam percutian ini. Selalunya, kami beli ayam satu reban.

Walaubagaimanapun, tempat tidur jadi masalah. Sebelum ni kami tidur kat khemah saja sebab yang pergi semuanya lelaki. Ya, lelaki-lelaki di Gombak memang terkenal dengan sifat lasak dan tidak ambil kisah sangat. Namun percutian kali ni mungkin akan turut disertai oleh kaum perempuan. Dengar kata ada yang nak bawa awek.

Sebenarnya kurang selesa ada perempuan tapi nak buat macam mana, dah dorang nak ikut. Nak halang pun tak boleh, nanti merengek pula. Jadi bila dah ada perempuan ni, nak tak nak pakwe-pakwe kena juga cari hotel ada chalet untuk mereka tinggal. Lelaki takpe, lelaki terer. Macam biasa tidur kat khemah la kot.

"Leceh la ada perempuan. Nak booking chalet waktu sekarang ni dah banyak yang penuh." komen salah seorang pakwe yang perlu membawa makwe secara terpaksa kononnya.

"Sebab tu aku tak nak jadi hensem." balas Adib.

Nampak macam takde kena mengena kan? Sebenarnya ada.

4 comments:

mendatak hijau said...

haah..kalu bercuti dgn kwn2 seeloknya takyah la bwk pasangan.cakap je kami ade meeting penting.boleh gitu?

zahirlunatik said...

kami tak suka menipu

kiba said...

Zahir takde makwe ke?

zahirlunatik said...

hihi