Tuesday, January 22, 2013

Tragedi yang rock

Semalam,telefon berdering pukul 11 pagi. Nombor tak kenal. Oleh kerana nombor tak kenal aku secara automatik fikir orang yang buat panggilan ni mesti nak suruh datang temuduga kerja atau paling tak pun gadis molek ajak makan tengah hari kat kedai makan mahal. Bila aku jawab panggilan telefon tersebut, rupanya Midi minta tolong tunda motor dia yang rosak kat Jalan Duta.

Midi tinggalkan motor dia kat Jalan Duta dan dia balik rumah naik teksi. Persoalannya kenapa dia tak telefon aku awal-awal supaya aku boleh terus pergi Jalan Duta? Kenapa dia perlu balik rumah? Jawapannya kerana telefon bimbitnya rosak masuk air. Jadi dia tak boleh telefon aku awal-awal. Tragik sungguh nasib si Midi ni. Sebenarnya ada lagi tragik. Saing-saing Titanic dah dia punya tragik.

Dalam perjalanan nak ke Jalan Duta untuk mengambil motor yang rosak tu, Midi tak habis-habis membebel. Mana tak membebelnya bila dia kena bayar RM35 padang abang teksi walhal abang teksi celaka tu tak pasang meter. Oleh kerana sebelum tu dia kena menapak jauh gila babi katanya untuk mendapatkan teksi, dia malas nak bertumbuk.

" Biar motor saja yang rosak, asal jangan rosak akhlak." kata Midi.

Nak dijadikan lagi tragik, semalam adalah hari kedua Midi bekerja. Tak manis betul hari kedua bekerja dah tak datang kerja kan. Seperti yang dinyatakan tadi, telefon Midi masuk air. Rosak. Maknanya dia tak boleh nak beritahu kejadian yang menimpa dirinya tu awal-awal. Dia kena balik rumah juga untuk pinjam telefon sesiapa.

" Aku telefon ofis. Aku kata motor aku rosak. Dia tanya kenapa tak beritahu awal-awal. Aku cakap telefon aku rosak masuk air."

"Habis tu dia percaya tak?" aku tanya.

"Yang aku tahu, aku terdengar suara bos tergelak besar kat belakang. Kau rasa macam mana?"

Tragik bukan? Motor rosak. Telefon masuk air. Menapak jauh gila kat Jalan Duta. Naik teksi kena RM35. Berhadapan dengan orang-orang ofis yang mungkin tak percaya dengan cerita dia.

Sebenarnya ada lagi.

Oleh kerana aku bukan seorang rempit, tunda menunda menggunakan kaki ni bukanlah kepakaran yang aku ada. Boleh lah setakat slow-slow tu. Slow-slow tu pun sampai juga la di Tol Gombak Lebuhraya Duke. Untuk melengkapkan kisah tragis ni, aku bersepah kat tol tersebut. Aksi aku berguling tu dah saing-saing Kajol punya guling. Bezanya aku tak pakai sari.

Di sini aku berjaya menyelami erti sebenar Rock and Roll. Seluar kegemaran aku secara bersahaja menjadi seluar Kurt Cobain kerana koyak kat lutut ditambah dengan aksi berguling bak Kajol telah menerbitkan erti Rock and Roll yang sebenar. Lantak lah korang nak cakap apa pun. Yang sakit aku, bukan korang. Aku berhak ke atas diri ini.

Tak sangka rupanya aku juga watak dalam kisah tragik tersebut.







5 comments:

jffreeshah said...

tragis sungguh.... haha

AAINA said...

kasihan dia. tragis tragis

Pink said...

HAHAHAHAHAHAAHAH sumpah lawak aku baca.

ok ok sorry bro. guwa simpati sebenanye. take care!

intan said...

giler lah berkorban demi sahabat...moga cepat sembuh superhero

Si Aizuddin said...

Aku pun gelak gak.

HAHAHAHAHAHA!

Kau rasa macam mana?