Monday, December 31, 2012

Ronggeng Cempaka


Sekarang ni tepat jam 7 pagi, Qusyairi akan keluar rumah awal untuk ke tempat kerja. Awal benar. Sebelum ni kalau pukul 7, Qusyairi belum tentu bangkit dari tidur apatah lagi nak sing along lagu Bangkit dendangan Salam dan Altimet tu. Mak Kiah iaitu ibu kepada Qusyairi juga agak sangsi akan tabiat anak jantannya. Bukanlah tak suka akan perubahan anaknya itu cuma ia menjadi tanya tanya bagaimana perubahan itu boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa memerlukan bebelan seorang ibu.

"Sejak dua menjak ni mak tengok engkau kemain awal lagi pergi kerja, kenapa? Dah nak kahwin ke Qusyairi oi?

"Apa pulak kena mengena pergi kerja awal dengan nak kahwin, mak?" soal pula Qusyairi sambil mengikat tali kasutnya.

"Habis tu kenapa pergi kerja awal je sekarang?"

"Ni semua anjakan paradigma, mak." Qusyairi jawab konon intelek.

Mak Kiah dah malas nak tanya lagi bila Qusyairi guna ayat sebegitu. Ada eloknya Mak Kiah buka TV layan MHI. Sekurang-kurangnya ada Wardina.

Qusyairi menyusur laju dengan motor beliau. Ntah apa yang hendak dikejarkannya tak tahu la. Sambil itu dia sempat menyanyi lagu Muara Hati sikit-sikit. Sikit-sikit sebab tak ingat lirik. Namun itu sudah cukup untuk memberi riang pada hati Qusyairi pagi itu hingga terlupa road tax motornya akan tamat pada esok hari.

Sebenarnya sejak sebulan yang lepas, Qusyairi sudah bertemu dengan cintanya. Gadis tersebut adalah seorang peniaga nasi lemak berhampiran dengan tempat kerjanya. Diingatkan, nasi lemak ya bukan 'nasi lemak'. Dalam seminggu, lima kali Qusyairi akan beli nasi lemak dari gadis tersebut. Sabtu dan Ahad saja Qusyairi tak beli sebab Sabtu dan Ahad dia cuti.

Gadis tu namanya Cempaka. Dia berniaga nasi lemak tersebut bersama dengan ibunya, Mak Limah. Cempaka seorang gadis yang pendiam. Nasi lemak Cempaka memang sedap. Lagi sekali diingatkan, nasi lemak ya bukan 'nasi lemak'. Ditambah dengan kejelitaan si Cempaka ni, jadi tak hairanlah jika hari-hari gerai nasi lemaknya dipenuhi dengan pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada jantan yang dahagakan cinta.

"Hai Cempaka! Abang nak nasi lemak satu ye. Nasi lebih." Qusyairi minta.

"Amboi awalnya kamu pergi kerja Qusyairi oi. Bukan kamu masuk pejabat pukul 9 ke?" tegur Mak Limah sambil memotong timun.

"Memang masuk pukul 9 pun tapi saya datang awal sebab nak beli nasi lemak ni la. Lambat nanti takut habis. Lagipun saya dah ketagih dengan nasi lemak ni. Hihi." balas Qusyairi dibibir.

Namun dihati, "Saya dah ketagih cinta si Cempaka ni Mak Limah oi!."

"Kamu tak nak ke beli donut ni? Mak Limah yang buat ni. Orang kata sedap tau." spontan Mak Limah memuji dirinya sendiri.

"Saya tak minat makanan yang manis la Mak Limah. Saya cuma minat akan manisnya senyuman Cempaka. Hikhik" sambil melirik pada Cempaka yang turut tersenyum.

"Haipppp!" bersuara pelanggan-pelanggan lelaki lain yang sedari tadi beratur panjang dibelakang Qusyairi.

Ternyata, Qusyairi ramai saingan.





*rasanya bersambung la kot.

3 comments:

Sab Buenoo said...

kalau aku, aku nak mintak sambal lebih.

ah laparlah pulak.

intan said...

bile next episode?

zahirlunatik said...

sab, sambal cempaka tak sedap

intan, rilek rilek