Monday, May 7, 2012

Bawa mengucap Ejoy, bawa mengucap.

Sejak akhir-akhir ni aku dan rakan sebaya dah ada hobi baru. Hobi yang segar. Dalam seminggu mesti ada dua, tiga kali kami ke cyber cafe pekena game Call Of Duty. Ala game tembak-tembak biasa saja. Kalau main game tu kita mesti ada nama sendiri. Contohnya aku guna nama Ropie. Tapi Ejoy paling celaka sebab dia guna nama pelakon baru meningkat naik yang orang baru nak kenal. Wawa Zainal nama diberi.

Ok sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kitorang main game pun. Pasal 'kena game' pun bukan sebab sebelum ni dah cerita pasal kawan aku 'kena game' dengan teman wanitanya.

Ada la hari tu kan, aku hantar Ejoy pulang ke rumah dengan menaiki motorsikal. Kami dari Jalan 4 baru lepas main timbang-timbang bola. Oleh kerana aku bawa motor perlahan sebab ikut jalan kampung dan takut terlanggar anak orang tengah main tenteng dihalaman rumah, aku pun berbual dengan Ejoy. Kalau bawa laju kan susah nak berbual sebab angin kuat.

" Wei kau selalu guna nama Wawa Zainal masa main Call Of Duty. Wawa Zainal yang mana satu ek?" Aku bertanya untuk kepastian.

" Pelakon baru. Cun gila! Kalau aku kahwin dengan dia, jangan salahkan aku la kalau anak aku ramai." Ejoy balas macam tak ingat dosa.

Aku malas nak tanya lelebih  sebab takut pertanyaan aku akan menjadi seperti petrol yang disimbah pada api. Balik rumah, aku terus google Wawa Zainal. Boleh tahan. Pipi macam roti KFC. Oleh kerana masa tu dah nak masuk Maghrib, mak aku masuk bilik aku dan suruh aku mandi dan solat. Benda-benda macam gitu pun aku masih disuruh. Teruk.

" Eh gambar siapa tu Zahir? Makwe kau ke? " Mak tanya sambil tunjuk gambar Wawa Zainal yang terpampang pada skrin komputer riba jenama Ftec aku.

" Eh bukan la. Bertuah sangat kalau dia jadi makwe Zahir. " Aku balas dibibir.

Namun dihati, " Kalau dia jadi menantu mak, jangan salahkan Zahir kalau cucu mak ramai nanti."

4 comments:

Juice said...

ah! dua kali lima sama ejoy. cilaka

zahirlunatik said...

ejoy memang teruk

cik pha said...

hahahahhaa untung teruk juga si ejaoy dan si zahir tu hahaha

Eiffel Kawaii said...

amboi, terus dpt cucu tu.bwk mengucap panjang zahir oii