Sunday, January 22, 2012

Kertas litmus tak berubah warna tu kira neutral la kan?

" Wei Shah! Jom pergi makan Carls Jr."

" Ok jom!" Shah balas.

Shah memang jarang menolak kalau orang ajak pergi makan. Mungkin kerana sifatnya yang gemar memperisterikan makanan yang buat dia jadi begitu. Aku ajak Midi juga. Shah pula ajak Adib. Shah memang pandai cari teman yang bersifat sepertinya. Adib memang cintakan makanan. Jadi jangan tanya perimeter pinggang mereka.

Pada mulanya nak keluar guna kereta aku, tapi ntah macam mana adik dan mak aku nak pergi kenduri orang bertunang pula. Oleh itu aku kena buat beberapa panggilan untuk tanya siapa boleh bawa kereta. Mujurlah Midi boleh bawa kereta abang dia yang berjenama Honda. Kiranya selesai masalah.

Seterusnya aku call Shah. Dia ni kadang-kala kurang berdisiplin. Tapi kalau nak pergi kerja, dia yang selalu bangunkan aku dari tidur. Habis tu siapa yang tak berdisiplin sekarang ni?

" Wei siap sekarang. Nanti Midi datang amek."

" Errrrr aku macam malas nak pergi la Zahir. Hihi." Shah cakap sopan.

Aku tak balas. Aku terus letak. Aku memang saja bagi dia rasa bersalah. Pada masa yang sama aku panas hati juga. Dalam 10 minit lepas tu aku tak tahan. Aku hantar sms pada Shah.

" B to the A to the B to the I." Aku mencarut gaya sopan kononnya.

" Cakap kat mak kita awak cakap macam ni kat kita." Shah balas bersahaja.

Jujurnya aku tergelak baca sms dari Shah waktu tu. Tak bagi peluang langsung aku nak jadi garang. Baru macam tu saja dah berjaya meneutralkan aku dari api kemarahan. Celanat!

4 kemaen lagi tau:

.Cik Eezah. said...

Ala comel ngadu kat makkk.

nurulnadia said...

kesimpulannya jadi pegi ke tak? hehe

zahirlunatik said...

cik ezzah: kembang dia baca

nadia: mesti la jadi!

Anonymous said...

Bila nak buat polis ENTRI one two jaga yg baru? -,-