Sunday, January 8, 2012

2012

Ah lupa! 2012 dah masuk rupanya tapi aku belum cerita apa-apa kat sini. Takpe takpe meh abang settlekan kejap sebelum pergi beli nasi lemak untuk adik. Untuk mak aku tak beli. Sebab apa tak beli? Sebab dia sekarang lepak Sarawak dengan Zee Avi. Semalam mak aku call dan dia tanya nak apa sebagai buah tangan dari Sarawak. Aku tak minta banyak. Aku minta dia cari menantu muka macam Camelia. Lepas tu kan terus dia suruh bagi telefon pada adik aku. Eleh! Sebenarnya aku tahu yang mak aku tak kenal pun Camelia. Anita Sarawak dia kenal la.

Tahun ni macam biasa aku takde azam. Yang aku tahu, aku pernah kena rotan dengan Azam. Maksud aku, Cikgu Azam. Seorang guru disiplin di sekolah aku dulu. Tahun ni aku ada fikir nak sambung belajar. Ambil degree la kononnya. Aku tak pasti lagi dengan keputusan tu. Hal belajar tu nanti aku fikir balik. Sekarang ni aku ada kerja sikit-sikit kat Sunway Pyramid. Kelmarin baru habis buat hiasan kat Sunway Pyramid tu untuk Tahun Baru Cina. Letih gila sehari kerja lebih 12 jam untuk hiasan-hiasan tu. Mujurlah aku gagah macam Fong Sai Yuk.

Ni nak cerita sikit tahun 2011. Tahun lepas aku baru habis diploma. Orang lain dah lama habis, aku baru nak habis. Malu juga sebenarnya tapi nak buat macam mana dah memang salah sendiri. Kawan-kawan pun dah ramai yang sambung belajar. Kawan serumah aku masa kat Bangi dulu pun nampak dah berjaya sikit dari aku ni. Syafik dah kerja kat Bangi. Siap dah beli kereta lagi tau. Nazrin dan Zul Maple pula sambung belajar kat Universiti Kuala Lumpur. Arul yang dulu sebilik dengan aku dah kerja dengan Sime Darby kalau tak silap. Arul ni la yang paling lama aku tak jumpa. Mesti dah pandai pesan Chicken McDeluxe sendiri-sendiri.

Tahun 2011 juga menyaksikan beberapa kisah cinta yang tragis. Bukan kisah cinta aku tau. Aku belum ada yang punya. Mungkin hati aku Izara Aishah yang punya. Tapi bagaimana pula dengan Shila Amzah? Ok sudah. Kisah cinta tragis yang aku katakan adalah dikalangan kawan-kawan aku. Kebanyakannya kena tipu dengan perempuan. Mujurlah kawan aku ni sekarang belajar dan selalu lepak kampus. Ini bermakna jodoh keliling mata. Masa tengah belajar ni la senang nak ada awek. Aku pun dulu masa tengah belajar la. Hikhikhikhaktuihhikhik!

Malam tahun 2012 tu aku sambut dimana? Aku ada pergi makan-makan kat rumah Pipi. Dia ni memang suka buat makan-makan dan selalunya aku akan dijemput. Dia juga sering kali menjemput kawan-kawan perempuannya yang bukan calang-calang urbannya. Tapi malam tu dia tak ajak ramai. Bila tak ajak ramai, ini bermakna kambing bakar yang tersedia di meja makan tak jadi rebutan sangat.

Ahh! Pendek cerita Selamat Tahun Baru la oi!!!!!!!!! Malas dah nak taip.

2 kemaen lagi tau:

cik pha said...

selamat tahun baru =) semoga tahun ni membawa lebih keberkatan lagi untuk semua hendaknya hehhehehhehehe

J-Free Shah said...

rasanye si arol dah tau camne nk order dinner plate sendiri.. hahah..