Saturday, September 24, 2011

Bara Yang Panas Membara



Semalam kat rumah aku telah berlangsungnya acara BBQ yang sememangnya digemari oleh kawan-kawan aku. Acara joget lambak tiada sebab masing-masing tak pandai menari. BBQ ni sebenarnya dibuat sempena pemergian Fadh ke UK untuk menyambung pengajiannya. Haiwan yang jadi mangsa semalam terdiri daripada ayam, udang, sotong dan kerang. Pukul 10 malam, bara telah cantik tersedia dengan warna jingga kemerahan. Tak elok langsung kalau bara dah tersedia tapi jaring yang akan digunakan untuk memanggang tiada. Muaz yang sepatutnya bawa jaring tak sampai-sampai lagi. Jadi aku hantar khidmat pesanan ringkas pada dia.

" Cepatlah oi! Jangan lupa bawak jaring. Bara dah siap semua ni."

" Eh Awie pun datang ke?" Muaz balas.

Nak lebih paham elok klik sini(KLIK). Jangan karok sepam dua pulak.

Tuesday, September 13, 2011

Sambil Menyelam Minum Air

Bosan adalah benda yang amat sinonim dengan kehidupan aku. Aku ni dah lah jenis selalu tidur lambat. Jarang benar nak tidur awal macam adik-adik sekolah rendah yang esoknya kena hantar karangan autobiografi 'Saya Sekeping Roti Burger' pada guru kelas 5 Berlian tu. Bila dah tidur lambat, aku sering melantik internet sebagai teman aku dikala bosan. Setakat ini belum pernah lagi aku mengada nak baca novel Panas Salju nukilan Talib Samat walaupun bosan. Masa tingkatan 3 dulu pun aku hanya baca sinopsis saja. Eh biodata pengarang pun aku baca tau. Kalau tak baca, apa yang aku nak jawab dalam kertas periksa?

Seperti hari-hari yang lepas, aku turut tidur lambat hari ni. Kawan-kawan lain aku rasa dah tidur. Bila kawan dah tidur, dengan siapa lagi aku nak berbual ntah. Terdetik juga dalam hati untuk buka blog HoneyKoyuki tu tapi aku sempat batalkan niat tersebut. Aku risau juga kalau aku buka blog minah bernama Fatin Liyana tu, aku akan berangan dan seterusnya termimpikan dia. Wajah Izara Aishah yang selama ni dalam kepala aku dah tentu akan dimadukan dengan bakal doktor tersebut. Ah! Macam banyak sangat saja yang aku tau pasal minah tu. Maaf.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Ntah macam mana aku terfikir pula nak usha reviu pasal filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namawee tu. Mana la tau esok boleh aku pergi menonton wayang. Tak sangka minda cemerkap aku ni pandai juga menyelesaikan masalah bosan aku ketika ini. Dipendekkan cerita aku jumpa juga reviu tentang filem Nasi Lemak 2.0 di satu blog hiburan yang terkenal. Seperti kebiasaan blog-blog kapitalis dan banyak iklan, dibawah entri mereka mesti ada link entri lain yang berkait rapat dan ada kena mengena dengan entri tersebut. Aku tak sangka banyak juga link 'nasi lemak' yang mereka ada.

Dan selalunya reviu tentang nasi lemak memang positif. Mana satu nak tonton ek?

Friday, September 9, 2011

Surat Kiriman Tak Rasmi Agaknya

Manap Rozaimi
17 Jalan Nakhoda Yusuf
Taman Senyum Seindah Suria
53100 Malaysia
5 Mei 1998

Kehadapan bekas kekasihku, Riena Montana yang kini berada di Antartika. Moga sihat hendaknya.

Riena,
Apa khabar Riena disana? Saya disini sihat-sihat sahaja. Saya baru balik main futsal. Tak mandi lagi tapi masih hensem hendaknya. Alah! Saya gurau saja. Saya kan memang suka perasan all the time. Lagipun awak juga yang asyik puji saya hensem la apa la semua. Saya iyakan saja. Tapi tak bermakna saya turutkan saja kata awak. Saya pun ada ego sendiri tau. Hal hensem tu pun bukan awak sorang saja yang cakap. Semua rakan sedarjah saya masa darjah tiga dulu pun kata macam tu jugak. Eh! Cikgu Puteri Syakila Jasmin yang ajar Bahasa Melayu tu pun cakap macam tu tau. Dengar kata cikgu tu dah menjanda. Kesian dia. Mujurlah hak penjagaan anak dapat kat dia.

Tujuan saya tulis surat ni adalah untuk meminta maaf akan hal yang berlaku di KFC dua bulan lepas. Saya tau saya bersalah sebab tak terima awak masa darjah dua dulu. Tapi bila awak dah besar panjang dan mampu melahirkan anak secara luar nikah, baru la saya nak mengorat awak. Iyalah, siapa suruh dulu awak tak cun macam hari ni. Yusri KRU pun boleh tinggalkan Lisa Surihani kalau tengok awak sekarang. Sebenarnya saya dah lama cari awak sebab nak minta maaf tapi awak pula lari hingga ke Antartika apa jadah. Mana la saya tahu nombor telefon awak kat Antartika tu. Mujur Izara Aishah kawan serumah awak tu cakap awak dah lari ke Antartika.

Mesti awak ingat awak berjaya buat saya tak keruan bila awak tinggalkan saya kan? Eeeee sori sikit ya. Saya bahagia saja bila awak tinggalkan saya. Come on la! Awak bukannya cun sangat pun kalau tak bermekap. Heh! Ok la ok la. Saya tipu. Awak cun tapi awak tak pandai berenang. Sama macam saya. Jadi kalau awak dengan saya tak pandai berenang, siapa nak selamatkan saya kalau saya lemas ketika kita pergi mandi-manda kat Air Terjun Bekelah yang terletak di Maran tu? Dengar cerita ada air pusar tau kat air terjun tu. Saya percaya awak yang sedih gila lepas tinggalkan saya kan? Lepas tu terus lari hingga ke Antartika. Tak habis-habis lari dari masalah. Tak comel langsung buat macam tu ok.

Ok la terlanjur saya mengutus surat ni, saya nak beritahu saya belum terlanjur dengan mana-mana perempuan. Cuma saya dah ada kekasih baru. Hei hei! Jangan baling pasu bunga dan tumbuk bantal tu. Sabar la sikit. Mesti awak terkesima kan sebab cepat sangat saya dapat pengganti awak. Semua ni bukan saya yang minta tau. Benda tu datang sendiri. Kekasih saya yang offer untuk couple dengan dia. Saya lenjan saja la. Kekasih saya ni pun bukan awak tak kenal. Bekas kawan serumah awak juga. Izara Aishah tu la siapa lagi. Saya tau dia selebriti yang meningkat naik dewasa ini tapi dia yang pilih saya. Dia! Lagipun saya minat juga lakonan dia dalam drama Jejaka J yang disiarkan di Astro tu.

Nampak gaya sampai sini saja la yang mampu saya tulis dengan pen jenama Kilometrico ni. Sambutlah salam mesra saya dan kekasih hati baru saya, Izara Aishah. Semoga bertemu lagi di lain surat. Itupun kalau awak tak bunuh diri la. Pesan saya, kurangkan minum ais ya. Tak elok. Antartika tu pun bukannya iklim macam kat Malaysia yang hujan dan panasnya sepanjang tahun.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Manap
(MANAP ROZAIMI)

Friday, September 2, 2011

Syawal 2011

Hari raya pertama mestilah ada acara kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara. Oleh itu petang raya pertama tu ada sekeluarga datang ke rumah aku. Aku tak kenal sangat mereka tapi aku tau tu kawan arwah abah aku. Mak aku kata mereka ni juga ada bau-bau bacang dengan aku. Kalau nak diikutkan mata ni, aku memang nak tidur sepam dua dalam bilik tidur malap aku tu. Disebabkan aku ni takut kena marah dengan mak aku, jadi aku lepak ruang tamu saja walaupun tak berbual dengan sekeluarga yang datang ke rumah aku tu. Aku malu tau.

Lama juga sekeluarga tersebut lepak rumah aku sambil makan rendang ayam dan menonton televisyen cerita Fauziah Nawi agaknya. Fauziah Nawi ni pun satu hal juga. Drama semua nak menangis, anak mati eksiden, dia mati di hujung cerita, duduk atas tilam batuk-batuk muka pucat dan lain-lain lagi. Itulah Fauziah Nawi dan drama air matanya. Masalahnya sekarang betul ke ada drama Fauziah Nawi kat televisyen yang ditonton oleh sekeluarga yang datang berkunjung ke rumah aku tu? Ah lantak lah! Dia terer menangis dalam drama pun sebab letak minyak cap kapak bawah mata. Agaknya.

Jam dah menunjukkan pukul lima petang. Sekeluarga tadi dah menyatakan hasrat nak berangkat. Aku rasa seronok sikit sebab lepas tu boleh tidur. Seronok sikit saja tau. Mata aku ni pun dah macam lampu lip lap lip lap dah ni. Kejap buka kejap tutup. Seperti mereka yang bersifat budiman selalu lakukan, aku bangun dan terus bersalaman dengan sekeluarga yang ingin pulang tersebut.

" Panjang rambut kamu ni. Cikgu kat sekolah kamu tak marah ke?" Seorang pakcik yang sedang bersalaman dengan aku menegur.

" Errrrr." Aku tengah fikir ayat.

" SPM bulan berapa ni?" Pakcik tu menambah.

" Kalau tak silap hujung tahun ni pakcik." Aku balas.

Aku terpaksa jawab macam tu sebab sambil dia bersalaman dengan aku tu, dia hulur sekali sampul duit raya warna hijau. Kalau aku tak susun ayat terbaik, ada harapan dia tarik balik sampul duit raya tersebut. Maaf.