Monday, December 12, 2011

Soni Eriksen Punya Hal

Aku adalah sebuah telefon bimbit berjenama Soni Eriksen model K750i. Tahun 2007 adalah tahun dimana aku ditempatkan di sebuah kedai kecil menjual telefon bimbit di Pertama Kompleks. Orang yang menjual aku ni adalah dari bangsa Cina dan kemungkinan belum berkhatan. Sebagai sebuah telefon bimbit berkamera dan mempunyai MP3, aku boleh dikatakan agak canggih dan urban pada tahun itu. Kira kalau makcik menggunakan aku, dia mesti terpinga-pinga macam mana nak jawab panggilan disebabkan oleh kecanggihan aku. Dengan warna hitam mutu keunggulan, aku kelihatan agak ranggi di mata orang ramai. Memang tak ada telefon seseksi aku tapi yang lebih seksi, banyak! Maaf itu lagu Alif Satar.

Ya, tak lama aku lepak di Pertama Kompleks tersebut. Seorang remaja lelaki yang agak manis raut wajahnya telah membeli aku dengan harga yang memuaskan. Kalau tak silap budak ni baru dapat gaji kerja di Sogo. Bagus, rajin budak ni bekerja. Secara jujurnya, aku agak bangga bila dimiliki oleh budak seperti tuan baru ku ini. Sudah lah manis raut wajahnya, berbudi pekerti pula tu. Dia juga amat menyayangi aku. Pernah sekali tu kan, aku telah terjatuh dari pegangannya. Ada la dalam 5,6 anak tangga aku bergolek. Masa tu tuan aku sampai tertiarap-tiarap nak menyelamatkan aku. Berkali-kali dia memaki diri sendiri kerana cuai. Badan aku ada calar-calar sikit. Aku tak peduli sangat pasal calar. Hero mesti ada calar-calar sikit. Cuma elakkan dari tercalar maruah.

Setiap kali dia pergi kerja, mesti dia dengar lagu yang keluar dari perisian yang aku miliki. Dengar lagu sambil senyum. Itu menandakan bunyi yang keluar dari aku amat bagus dan mesra telinga. Macam-macam lagu dia masukkan. Kadang-kadang dia blutut pada kawan. Selain dari mendengar lagu, dia ada juga tangkap gambar guna kamera 2 megapiksel aku ni. Banyak gambar kawan-kawan yang dia tangkap. Tapi tu la, gambar jantan saja banyak. Gambar gadis langsung tiada. Yang ada pun gambar adik perempuan dan mak dia. Tak paham juga aku. Hari-hari kerja kat Sogo tu, takkan la tak berkenan dengan promoter perempuan kiut miut di situ. Mungkin dia agak pemalu. Maklumlah, dia bukanlah kaki mencapap dihadapan gadis-gadis ketika era persekolahannya dahulu. Agaknya.

Tak lama lepas tu, tuan aku ni berhenti kerja. Dia dapat sambung pengajian di sebuah kolej biasa-biasa di Bangi. Masa belajar kat kolej tu, kawan-kawan dia dah mula guna macam-macam telefon bimbit. Senang cerita telefon yang lagi mahal dan jauh lebih canggih dari aku. Masa tu aku tak sedap hati. Takut juga dia mula nak cari pengganti aku. Maklumlah dia dah ada pinjaman MARA. Setakat nak beli telefon lain tu memang mudah. Alhamdulillah, tuan aku ni tak silau lihat harta. Dia masih setia dengan aku yang dah calar-balar ni. Luar calar tapi dalam masih utuh dengan semangat ingin berkhidmat pada tuan aku. Sebenarnya kan, kemas pun tak bermakna selamat. Kawan dia punya telefon tu baru je guna sebulan, dah kena rembat kat hostel. Sebab apa kena rembat? Sebab canggih dan mahal dan kemas sekaligus.

Ada sekali tu, tuan aku ni dah pandai nak main-main mesej dengan gadis. Lama juga aku tunggu untuk memberi perkhidmatan dalam tugas-tugas macam ni. Tuan aku ni taklah gatal sangat. Yang mana dia berkenan, yang tu la dia try nak ayat. Fuh! Cubaan pertama dia mengayat nampak macam boleh pergi jauh. Tak lah sampai jadi playboy tapi boleh la kalau nak memenuhi hasrat di hati. Dia pun nak jadi macam budak kolej biasa dimana mempunyai pasangan ketika di kolej adalah perkara biasa dan ini menunjukkan yang dia bukan gay. Lepas tu gambar gadis pun dah mula ada dalam badan aku. Bertuah aku tau sebab gadis yang dipaparkan boleh tahan juga orangnya.

Sekarang ni dah 4 tahun aku berkhidmat untuk tuan aku. 4 tahun punya perkhidmatan bagi sebuah telefon boleh dikira agak panjang juga jangka waktunya . Kalau aku seorang perempuan, kira dah menopause la aku ni. Rupa paras aku pun dah macam kartun syaitan dalam buku Ana Muslim. Hodoh sangat dengan tertanggal sana tertanggal sini.Dah macam gadis salah letak silikon pun ada. Ada satu hari tu yang aku tak ingat hari apa tapi yang penting bukan hari malawat Kamdar, aku baring sebelah tuan aku. Dia dah set alarm aku, jadi dalam pukul 1 petang tu aku sepatutnya berbunyi untuk kejutkan dia dari tidur lalu membolehkan dia jemput mak dia balik dari kerja. Ntah macam mana waktu aku berbunyi tu dia terkejut lalu terlempar aku sehingga terhempas ke lantai. Sakit.

Dalam 2 minggu selepas kejadian, aku telah ditempat di atas sebuah almari pakaian di dalam bilik tuan aku. Sebelah kanan aku ada kunci motor dan sebelah kiri pula ada keychain Pulau Pangkor yang ntah tahun bila pula tuan aku pergi Pulau Pangkor. Dari atas almari tersebut aku dapat lihat tuan aku sedang baring di atas katil. Baring sambil main game. Bukan game dari PS2. Gameboy lagilah bukan. Cuma aku dengar bunyi burung marah-marah. Aku tak tahu tu bunyi burung apa tapi yang aku pasti ada seekor 'burung' tu tiada bunyi. Nampak gaya tuan aku dah ada pengganti. Hmmmm.

"Dasar jantan tak guna! Habis madu sepah dibuang." Aku berbicara dalam hati dengan emosi tipikal seorang gadis ditinggalkan oleh jantan.


Penghujung usiaku.

11 comments:

cik pha said...

maka kecewa lah henpon sony ereksen dan terdamparlah dia di almari menunggu riwayat hidup yang hampir nk tamat itu

shakinah said...

Dari puncak ni aku dah bau android. Hmm

fYZa said...

kahkah! *tu je aku nk komen*

si portela said...
This comment has been removed by the author.
si portela said...

kesian dekat encik soni eriksen .beliau juga punya hati dan perasaan . kahkhakh:DD

zahirlunatik said...

cik pha: sebenarnya dah tamat dah riwayat hidup dia

shakinah: peh! guna pancaindera

fyza: pemalas

portela: dia bukan encik. dia cik

. .crazy_weird. . said...

xada rupa hnpn dah..

Nurfatin Liyana said...

ahahhaa,

zahirlunatik said...

crazy weird: jangan cakap macam tu

aten: oi!

Anonymous said...

angry bird~~

fnd said...

arwah baik henfonnye