Saturday, October 8, 2011

Cherating Punya Hal

Tepat pukul 4 pagi Selasa yang lepas, aku dan kawan yang lain telah bertolak ke arah Pantai Timur dengan niat untuk menemani Nabil mengambil sijil di kolejnya yang terletak di Kemaman. Alang-alang dah sampai Terengganu, ada baiknya kita terima simbahan cahaya matahari di Cherating. Sampai Cherating dalam pukul 8 pagi agaknya. Kami terus pergi pantai Cherating untuk merehatkan mata dengan melihat keindahan pantai. Keindahan gadis pantai timur lain kali aku cerita. Dua, tiga orang kawan kecewa tak dapat tengok dolphin pagi tu.

Selepas tu kami terus ke kolej Nabil yang terletak di Kemaman. Tiba disana, kami tak teman Nabil masuk kolej sebab bagi kami sarapan pagi adalah lebih penting dari menemani Nabil hingga ke dalam kolej. Dia bukannya tak pandai berdikari. Lagipun betis mana ada sangat kat dalam kolej dia tu. Kami bersarapan di gerai hadapan kolej Nabil. Nasi lemak ayam goreng berjaya memenangi hati kami. Cuma Alip saja yang makan keropok lekor goreng tepung. Mentang-mentanglah kat Terengganu. Keropok lekor juga dia cari.

“Kenapa budak-budak kolej kau muka semua macam enjin bot?” Amir tanya Nabil.

Selesai bersarapan, kami ucap Alhamdulillah dalam hati dan seterusnya berpatah balik ke Cherating semula untuk mencari tempat penginapan. Masing-masing mata dah layu sebab tak tidur lagi. Cuaca di Cherating ni pun jenis membakar kulit walaupun angin sedap-sedap macam angin bayu membawa diriku sepintas lalu ku terkenangkan mu. Ok maaf. Yang tu lagu Feminin. Ada la dalam 3 chalet yang kami cuba nak sewa tapi mahal nak mampus. Sebab ada kolam renang je terus harga melambung. Bukannya ada Hannah Tan pun.

Kebetulan Adib dapat satu idea. Pandai juga dia berfikir masa tu. Selalunya tahu nak makan ayam saja. Dia pergi tanya seorang pakcik kat satu kedai runcit disitu. Manalah tahu pakcik tu tahu mana-mana chalet yang murah dan selesa untuk kami semua. Setelah menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik tadi, pakcik tu cadangkan satu chalet yang agak murah dan selesa. Dia kata chalet tu kawan dia punya. Nama tempat tu Cherating Bayview Resort. Pemilik tempat tu bernama Zakaria. Zakaria tu kawan pakcik kedai runcit tadi.

“Cakap kat Encik Zakaria tu, pakcik yang bagitau tempat ni. Nanti dapat la harga istimewa.” Pesan pakcik kedai runcit yang ntah apa namanya tu.

Dengan cuaca yang agak panas, kami pantas mencari tempat yang dimaksudkan. Chalet tersebut tak jauh dari kedai runcit tadi. Tak jauh sebab naik kereta. Kalau jalan kaki, semestinya berpeluh dengan cuaca panas sebegitu. Bagi yang buruk perangainya, mencarut mungkin tak lekang dari mulut. Cili mulut dia tu baru tahu. Bila dah sampai kat chalet tersebut, tugas bertanyakan harga diserahkan pada Muaz. Kenapa tugas tersebut diserahkan pada Muaz? Sebab yang lain malas nak keluar dari kereta. Penghawa dingin kereta Rexton ni bukan calang-calang tau.

10 minit berlalu, Muaz pun selesai dari tugasan.

“Amacam? Jumpa tak Encik Zakaria tu? Berapa harga tidur semalam?” Salah seorang bertanya.

“ Encik Zakaria dah meninggal dua bulan lepas.” Muaz jawab serius.

Secara jujurnya aku gelak depan muka Muaz. Sumpah aku ingat dia bergurau. Lagi satu, apahal pakcik kedai runcit tu tak tahu yang kawan dia dah meninggal? Ke pakcik tu pun dah arwah sama dengan Encik Zakaria? Tak mau gurau macam ni dah tau. Tolong. Tak mau tak mau tak mau.


4 kemaen lagi tau:

dobot said...

Ehh menakutkan bunyinyaa!

SpitItOut said...

Alang2 p cheratin, x g Club Med ka, bnyk betis2 putih memutih n berhalus mulus persis mcm pasir di p.redang di situ, haha..tp pndai gler pakcik kedai runcit tu melawak..boahaha

zahirlunatik said...

dobot: rasanya pakcik tu main2 kot

spitltout: kalau dah masuk club med tu bukan takat betis je, semuanya boleh nampak

Azim Idris said...

damn, aku rasa pakcik kedai runcit tu mainkan korang. cis