Thursday, October 13, 2011

Buat basah-basah tekak katanya.

Masuk hari ni dah 4 hari aku bekerja di Sunway Pyramid untuk bahagian hias menghias. Sebenarnya aku tak pasti sangat aku dibahagian apa. Kejap hias bunga, kejap main lampu, kejap potong gabus. Sempena Deepavali tak lama lagi ni, aku kena buat kolum pulak. Eric Leong pun tak macam aku bila buat kerja. Eleh! Sebenarnya Eric Leong tu biasa-biasa saja dia punya terer. Dia belum tentu boleh potong gabus sampai jadi bentuk rusa minum air.

Siang tadi aku masuk kerja dalam pukul 3 petang. Sebab apa aku masuk kerja lambat? Sebab jadual kerja aku memang pelik. Balik pula tengah malam. Paling awal aku balik pukul 12 malam. Ada sekali tu aku sampai rumah pukul 7 pagi. Mengejar kekayaan betul gayanya tu. Perangai macam dah bertunang lepas tu tunang suruh cari duit banyak-banyak supaya boleh cepat kahwin. Hantaran RM20000. Lambat kahwin, putus tunang.

Siang tadi tugas aku agak mencabar. Jenis boleh bawa bergaduh. Aku bergandingan dengan Midi untuk kemas-kemas stor dan cabut pelekat pada papan. Macam mana panasnya stor tu, begitu jugalah panasnya hati ni mengemas benda-benda berat kat dalam tu. Lepas dah kemas barang tu, kena buka pelekat pula. Sambil-sambil buka pelekat, Midi mengemukakan satu buah fikiran. Agak menarik juga ideanya tu.

" Lepas ni kita kena layan benda yang sejuk-sejuk sikit buat basah tekak." Midi punya idea.

Aku pandang Midi. Aku senyum. Mata redup. Aku angguk tanda setuju. Air liur aku teguk sikit. Celaka! Tengah panas, lepas tu pekena benda sejuk pula. Dalam kepala dah terbayang macam-macam jenis minuman. Selesai saja tugas, aku dan Midi mula mengular. Rupa-rupanya Midi lebih awal sudah memikirkan benda yang dapat menyejukkan tekak kami. Benda yang sangat urban. Urban kelas tinggi. Jenis kalau ada awek, elok bawa ke situ.

Setelah tawaf satu Sunway Pyramid, akhirnya kami jumpa tempat tersebut. Minta maaf kami lambat nak jumpa tempat tu. Asal jalan sikit jumpa betis. Asal jalan sikit jumpa peha. Terganggu perjalanan kami. Kalau dah terserempak dengan betis dan peha, mestilah lagi dahaga sebab asyik telan air liur. Tempat yang ingin ditujui sudah dihadapan mata. Oleh kerana ini kali pertama, kami rasa gugup sikit. Masuk pun dengan langkah kanan tau.

Aku tengok harga, RM5.30 untuk setiap 100 gram. Dalam dompet aku ada RM12. Dalam dompet Midi pula ada RM15. Cukup sangat duit tu. Memang cukup kalau setakat nak makan KFC. Mengikut anggaran kasar dan pandai-pandai sendiri, rasanya 100 gram banyak juga la. Kot. Alah sekali sekala nak cuba benda urban. Gadis-gadis genit asyik cakap pasal benda ni saja kat Facebook, nak juga rasa macam mana dia punya pergi.

Aku pilih dua perisa. Midi pun sama tapi perisa lain. Kami ambil sikit saja. Tak penuh pun mangkuk kecil warna hijau tu. Lepas tu aku ambil hirisan buah sikit. Masa nak buat pembayaran, akak kaunter timbang dahulu benda yang kami ambil tadi untuk tahu harga yang patut dibayar. Bila dah timbang, seraya itu mata aku dan Midi membesar macam begedil. Begedil daging tau bukan kentang. RM13 tertera pada alat penimbang tersebut. Secara jujurnya aku ada termencarut dalam hati.

Celaka punya Tutti Frutti! Tu lah, curi tulang lagi. Ah lagi satu, ramai juga 'Najwa Latif' yang lepak Tutti Frutti ni ya.

6 kemaen lagi tau:

Anonymous said...

Alah, Amerika betul selera. Eskrim Malaysia baru 20 posen, tak pernah pula makcik eskrim tu suruh timbang dulu.

Azim Idris said...

memang urban kelas tinggi betul, kah kah kah

zahirlunatik said...

anon: ni yogurt

azim: paling urban untuk bulan ni

dobot said...

Hamboiii, kemain tekak, demand tinggi :P

Anonymous said...

kenyang 2hari lah kan makan tutti fruti tu

fndrocka said...

tutti fruity layan time gaji je dah lah