Bosan adalah benda yang amat sinonim dengan kehidupan aku. Aku ni dah lah jenis selalu tidur lambat. Jarang benar nak tidur awal macam adik-adik sekolah rendah yang esoknya kena hantar karangan autobiografi 'Saya Sekeping Roti Burger' pada guru kelas 5 Berlian tu. Bila dah tidur lambat, aku sering melantik internet sebagai teman aku dikala bosan. Setakat ini belum pernah lagi aku mengada nak baca novel Panas Salju nukilan Talib Samat walaupun bosan. Masa tingkatan 3 dulu pun aku hanya baca sinopsis saja. Eh biodata pengarang pun aku baca tau. Kalau tak baca, apa yang aku nak jawab dalam kertas periksa?
Seperti hari-hari yang lepas, aku turut tidur lambat hari ni. Kawan-kawan lain aku rasa dah tidur. Bila kawan dah tidur, dengan siapa lagi aku nak berbual ntah. Terdetik juga dalam hati untuk buka blog HoneyKoyuki tu tapi aku sempat batalkan niat tersebut. Aku risau juga kalau aku buka blog minah bernama Fatin Liyana tu, aku akan berangan dan seterusnya termimpikan dia. Wajah Izara Aishah yang selama ni dalam kepala aku dah tentu akan dimadukan dengan bakal doktor tersebut. Ah! Macam banyak sangat saja yang aku tau pasal minah tu. Maaf.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Ntah macam mana aku terfikir pula nak usha reviu pasal filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namawee tu. Mana la tau esok boleh aku pergi menonton wayang. Tak sangka minda cemerkap aku ni pandai juga menyelesaikan masalah bosan aku ketika ini. Dipendekkan cerita aku jumpa juga reviu tentang filem Nasi Lemak 2.0 di satu blog hiburan yang terkenal. Seperti kebiasaan blog-blog kapitalis dan banyak iklan, dibawah entri mereka mesti ada link entri lain yang berkait rapat dan ada kena mengena dengan entri tersebut. Aku tak sangka banyak juga link 'nasi lemak' yang mereka ada.
Dan selalunya reviu tentang nasi lemak memang positif. Mana satu nak tonton ek?
Pergi
18 hours ago


2 comments:
buduss glerr
adik kau mesti bijak ber imaginasi
Post a Comment