Petang semalam dalam pukul empat petang, aku ada pergi kedai DVD haram yang terletak di Danau Kota tu. Aku pergi sana ditemani oleh Amir dan Jefry. Bebulan puasa ni memang bosan duduk rumah tak buat apa-apa. Nak pergi Ulu Yam pun macam tak sesuai bebulan Ramadhan ni. Takkan nak pergi Kamdar pulak. Kain langsir pun mak aku dah beli kat Nagoya hari tu. Melayan DVD adalah alternatif yang terbaik untuk menghilangkan bosan. Bagi aku la. Bagi korang aku tak tau. Kalau hobi korang mengaji, alhamdulilah. Perangai macam tu la elok.
Aku sebenarnya tak target apa-apa filem yang patut dibeli pun. Yang mana berkenan, aku beli. Soal membeli ni pun bergantung pada duit yang ada juga. Setelah meneliti DVD-DVD tersebut mengikut abjad, aku ambil keputusan untuk membeli tiga filem yang mungkin seronok. Ketiga-tiganya cerita mat saleh. Kick-Ass, X-Men First Class dan Super. Kick-Ass ni cerita lama sebenarnya. Kalau tak silap dua, tiga tahun lepas aku pernah tengok kat wayang. Ha mesti nak tahu i tengok dengan siapa kan kan? Nak caras i lettew!
Oleh kerana adik aku tahu yang aku nak beli DVD sebab aku beritahu dia sebelum nak keluar rumah tadi, makanya dia ada hantar khidmat pesanan ringkas kepada aku. Dia kirim la suruh aku beli satu filem ni. Mujurlah aku belum bayar lagi. Ini bermakna aku perlu beli lagi satu DVD dan aku tak pasti aku cukup duit ke tak nak bayar. Aku fikir satu jalan penyelesaian terbaik iaitu bertanyakan soal harga pada brader Cina yang jaga kaunter tu.
" Bos, ini satu DVD berapa harganya pun?" Aku tanya dengan pelat Cina versi Johan.
" Satu RM10. U sekarang angkat tiga kan, RM20 saja." Brader tu jawab sambil tunjuk harga yang tertera pada manila kad berwarna merah bertulisan biru yang ada disebelah kaunter.
" Kira beli dua percuma satu la ya? Kalau i nak beli empat, berapa harga pulak?" Aku bertanya lagi untuk kepastian.
" Haiya! Kalau u beli empat i bagi u harga RM18 la. Cincai kira punya."
Aku ambil DVD yang adik aku kirim tu, aku terus tabur RM18 atas kaunter. Aku tak pasti la dia memang cincai kira atau itu memang cara dia beri diskaun pada pelanggannya. Bonanza sempena Aidilfitri la tu kot. Persoalannya sekarang, filem apakah yang adik aku kirim suruh aku beli tu? Jangan jawab filem Jumanji.
Pergi
2 hours ago


6 comments:
sekali lagi
Dia tak kejar cakap salah sebut harga ke?
apesal ko ta tambah lg 1? mane tau dpt rm15 lak. kehkehkeh!
rezal: salah salah
pisey: tak pun
ayue: sebab aku tak tamak
nur kasih kan ?
cina mabuk
Post a Comment