Tuesday, July 5, 2011

Salah Salah Salah

Wah wah wah! Aku dah ada blog! Rasa macam power gila tau. Rasa macam berlakon cerita Puteri Gunung Ledang. Rasa macam baru buat Myspace lepas tu ada gadis add aku. Rasa macam main bola wakil sekolah lepas tu ambil free kick,gol pula tu. Rasa macam baru lepas makan Carl’s Jr ada orang belanja. Rasa macam baru lepas kalahkan Mahatma Gandhi dalam peraduan teka silang kata dalam Berita Harian. Rasa macam baru lepas berbual dengan Lisa Surihani yang dengar katanya pelat ‘R’.

Sebagai seorang lelaki yang belum pernah panjat pokok pisang, aku rasa ada eloknya aku perkenalkan diri aku terlebih dahulu. Aku seorang lelaki yang belum berkahwin dan pernah ada awek suatu ketika dahulu. Dahulu tau. Maknanya dah lama. Aku suka main rondes ketika masih belum bersunat. Selepas dua, tiga tahun bersunat pun aku ada main rondes. Sebab apa aku main rondes? Ah! Semua benda bersebab jadi aku malas nak jawab. Aku tak suka Ribena sebab aku rasa tertipu. Dulu aku ingatkan Ribena tu air anggur.

Blog aku ni akan dipenuhi dengan cerita-cerita pasal aku, kehidupan harian, kawan, kisah lampau, betis dan kalau aku rasa aku hensem aku mungkin berkesempatan letak gambar aku banyak-banyak untuk tatapan semua. Kalau ada permintaan dari kaum hawa mungkin aku lebih berani nak letak gambar dengan pelbagai aksi seperti tangkap gambar sendiri sambil kembungkan pipi dan buat-buat cucuk pipi guna jari telunjuk. Kalau ditakdirkan badan aku sasa, aku akan tangkap gambar badan sendiri depan cermin.

Ah lupa nak beritahu nama aku Zahir. Bukan Zahiril. Tu nama pelakon yang muka biasa-biasa tapi ramai gadis gilakan dia. Maaf aku tak boleh cakap Zahiril tu hensem sebab aku ada kawan nama Ejoi yang ada tahi lalat di dagu macam Zahiril. Nanti Ejoi tu perasan. Tapi kalau nak cakap Zahir hensem, silakan. Anda sedang memuji ciptaan Tuhan. Usah malu-malu. Rasa macam celaka juga bila masuk bakul angkat sendiri ni. Siapa yang baca ni ntah apa rasa agaknya. Maaf.

Entri kali ni aku nak ucapkan selamat datang kepada mereka yang sudi masuk blog ni. Terima kasih tau. Kepada mereka yang folo tapi mengharapkan aku folo balik tu, terima kasih juga la sebab sudi memeriahkan blog ni. Ada masa nanti abang baca awak punya blog tau. Pastikan jangan guna ayat-ayat ‘W’ tu. Terima kasih juga aku ucapkan kepada keluarga, kawan-kawan, komputer riba jenama Ftec, broadband jenama Maxis, pinjaman MARA dan juga kakak manis jaga tol tadi sebab lepaskan aku walaupun aku tak cukup 30 sen nak bayar tol.

Akhir kata dari aku, nama lain bagi rambutan kuning ialah rambutan gading. Sekian.


* Ini sepatutnya dijadikan entri pertama aku dalam blog ni.

20 comments:

cik pha said...

memng ini patot entry petama kau haha

AzzaSyzna said...

mcm haram hahaha

cik amar said...

boleh tahan.. kau mesti pandai tulis karangan kan ? kikiki

Sab Buenoo said...

mukadimah kemain.

kyra shakira said...

aku suka yg ni sbb ko byk gune ayt sarkastis. cool!

Anonymous said...

benci la ak ngn ko zahir.. lme tggu nk update.. nie je ko tls.. tp sbb ko tls ats kerelaan sndri bkn sbb org srh update kire ikhlas la nie kan..huhuhu.. nwy entry ko nie dpt la ak gelak gk wlaupon jiwe kco xabis2..

neyna's said...

cilake. haha.

zahirlunatik said...

pha: memang memang!

azza: halal ni

amar: tak pun

sab: hihi

kyra: mana ada mana ada

anon: ni orang tua ke?

neyna: wei wei

Anonymous said...

yela..org tua yg vough lg hot..hahahaha

Anonymous said...

yela..org tua yg vough lg hot..hahahaha

Pisey said...

Hahaha. Kemain baik lagi intro. Gaya macam ada tanda kuat sembahyang kat dahi.

kyra shakira said...

ade lah. haha. atau aku sendiri yang rasa ayat ko tu sarkastik giler.

Nur Jaffnie said...

nasib aku kenal, kalau tak dah kena dah

dan radhi said...

tak boleh blah aa abg zahir nie!

ajeera said...

cute gle hang

zahirlunatik said...

pisey: nampak baik ke?

kyra: tak sengaja tu

jaff: tak paham tak paham

dan: alololo sori la

ajeera: thanks haha

dan radhi said...

haha.. blog dah fames baru nak ada first entry.. apo citor nie ha?

ama said...

ehem. hai zahir hensem

Nurfatin Liyana said...

ahahahhaa. ok request! 1 pic comel zahir buat aksi kembung pipi n cucuk pakai jari telunjuk pelisss

haahaa

=D

kyra shakira said...

tak sengaja tapi aku tetap suka. =)