Thursday, January 20, 2011

Dinda Puspa Gemala 1

Peh! Berpinar biji mata aku asyik mengadap komputer. Berkerja asyik mengadap komputer ni rupanya bukanlah seronok sangat. Penghawa dingin pejabat ni pun mengada juga dia punya sejuk. Aku boleh lupa pula nak bawa sweater urban harga ratus-ratus tu. Takkan la amoi meja sebelah nak tolong panaskan tubuh aku ni. Dia tu pun ‘panas’ juga aku tengok. Geram juga bila tengok amoi ni tapi geram aku serta merta hilang bila ternampak kesan terkena ekzos motor pada betis dia. Nampak gaya macam ekzos motor Kriss. Peh! Amoi pun respect motor nasional.

Dalam setengah jam lagi aku dah boleh balik. Kerja-kerja aku pun dah selesai. Dari celah-celah komputer yang banyak di pejabat, aku usha seorang gadis ni. Budak baru masuk kerja. Boleh tahan.Berbaju kurung cotton lagi tau. Walaupun dia pakai Blackberry tapi sikit pun dia tak berlagak. Peh! Dia punya senyum boleh buat jantan tertelan halkum. Dalam mengusha ni aku perlu berhati-hati. Mana boleh kantoi. Masa ni kena pandai buat formasi. Kejap-kejap usha awek,kejap-kejap usha komputer. Yang dia pula tak habis-habis betulkan rambut. Nampak gaya macam pakai syampu Dove. Tak pun guna syampu susu kambing.

Ok dia dah berdiri. Ni mesti nak pergi tandas sebab nak kencing. Tak pun ada la yang bocor tu. Celaka! Sempat juga dia basahkan bibir dengan lidah. Masa dia lalu depan aku, aku buat-buat melukis harimau pada kertas kosong di meja aku. Tiba-tiba dia berhenti betul-betul depan meja aku sambil tengok lukisan aku. Aku tergamam.

“Eh lawa juga lukisan awak. Pandai awak lukis kucing.” Suara lembut macam kuih pau yang aku beli kat R&R Tapah tempoh hari.

“Eeerrrr. Biasa saja ni. Tak pandai lukis pun.” Aku konon-konon jadi Imuda.

Celaka! Nampak sangat aku tak pandai melukis. Lepas gadis tu tersalah puji, dia terus berlalu pergi. Aku pula masih menuruti setiap langkah dia menerusi mata. Ni baru dia pakai baju kurung, kalau baju kebaya ntah macam mana pula dia punya lenggok. Pinggang dah tentu-tentu macam kerengga. Potongan badan dah macam Kim Kardashian. Yang Kim Kardashian tu pula ntah kenapa jalinkan hubungan dengan negro. Celaka betul!

Tak lama lepas tu, aku pun mula berkemas nak balik. Masa untuk makan gaji dah tamat. Sebelum keluar dari pejabat, aku pergi kencing dulu. Lepas kencing, aku pandang cermin. Tahi mata tak Ada. Jerawat pun tak ada sebab aku dah lama tak makan kacang. Kalau makan nasi lemak, aku buang kacang ketepi. Selesai tengok muka, aku buka tali leher pada baju. Rimas lah berjam-jam nak pakai tali leher saja. Mujurlah aku pakai tali leher berzip. Dah la mudah, murah pulak tu. Nampak gaya aku ni bijak juga berbelanja. Aku berjalan kearah lif sambil pekena Ipod. Kebetulan masa tu aku tengah dengar lagu rancak. Lain macam juga cara aku berjalan sambil pekena lagu. Setiausaha syarikat yang jadi skandal bos aku tu senyum dengan telatah aku. Aku sendiri pun tak perasan yang dia ada kat belakang aku. Hek eleh! Dia ingat dia lawa ke? Setakat muka macam Ifa Raziah tu aku tak hairan lah.

Sampai je kat depan lif, ramai pekerja tengah tunggu lif nak turun. Ada seorang brader ni kecoh sangat kata lif lambat la apa la. Tak sabar. Macam la mak ayah dia tak pernah bagitau yang sabar itu separuh daripada iman dan malu itu perisai orang beriman. Ok yang malu tu aku. Brader ni umur tua sikit dari aku dalam 5,6 tahun. Kadang-kadang aku teringin juga nak curi gambar brader ni kat Facebook dia, print gambar tu dan seterusnya lekatkan gambar tu pada pokok rambutan banyak kerengga di halaman rumah aku. Lepas tu aku akan baling pisau lipat 20sen yang dulu orang buat asah pensil khat pada gambar brader tu. Amboi puasnya hati!

Tengah sedap-sedap aku berangan nak buat itu ini pada brader tu, tiba-tiba aku terperasan awek yang baru masuk kerja tu. Dia pun tengah tunggu lif juga. Terbuka je pintu lif, masing-masing tak kira dah kahwin ke belum terus serbu lif tersebut. Masing-masing tak sabar nak balik. Sampai je turn aku nak masuk, dan-dan pula lif tu penuh. Aku redha. Awek manis tu pun tak dapat masuk juga. Nampak dia mengeluh. Kesiannya. Masa tu tiba-tiba hati aku rapuh macam rempeyek ikan bilis dalam balang. Yang aku pula masa tu ntah apa jadah tiba-tiba nak jadi peramah. Sifat malu yang selama ini agak tebal macam tali gitar bass tiba-tiba lenyap.

“Awak baru masuk kerja hari ni ke?” Aku terlupa bagi salam.

“Ya baru hari ni masuk. Ingat nak masuk kerja semalam tapi semalam hari Ahad. Hihi!” Dia tersenyum.

“Oooo. Ni nama apa?” Aku bertanya.

“Riena Montana.” Ringkas.

“Nama saya Manap. Saya baru kerja 5 bulan. Tak pernah ambil MC lagi.” Aku memperkenalkan diri walaupun Riena tak pernah bertanya.

“Errr Encik Manap. Boleh saya tanya something?” Nampak gaya macam gadis urban sebab dia guna perkataan ‘something’.

“Tanya saja la tapi jangan ber encik-encik pula. Malu.” Sambil tangan kanan aku menutup mulut sendiri. Ntah apa jadah.

“Errr...tadi awak ada pergi toilet tak?” Dia tanya macam takut-takut.

“Oh sebelum datang sini tadi saya memang pergi toilet. Kenapa?” Aku masih tenang.

“ Awak punya ‘keretapi’ tak naik.” Dia cakap sambil masuk ke dalam lif yang secara kebetulan dah terbuka.

Aku tak naik lif dengan dia. Aku tunggu lagi satu lif. Malu tau aku. Dia lambai tangan pun aku tak balas. Dah la kat jari ada cincin. Nak berlagak la tu dah bertunang.


*Ok semua kat atas ni cerita mengada punya tipu. Orang suruh buat cerita cinta tapi aku tak berapa nak pandai. Nampak sangat kurang pengalaman. Tehehe.

28 comments:

Anonymous said...

cerita cinta la jugak tu!cinta depan lif!

benggong!wajib la buat sambungan!

zahirlunatik said...

tak misteri la kalau buat sambungan.hahahha

Pa'tam said...

zahir2.. imajinasi mcm gampang..kah3

shakinah said...

tak faham. keretapi ape ni?

zahirlunatik said...

paktam: i tengah bosan ni nok

shax: aik takkan taktau..ko kan otak kuning

deqna said...

nie cite btl ke x nie??

zahirlunatik said...

tipu la gila..ofis kita mana ada lif

DEQNASEPISUNYI... said...

2 r pasal..mne tau otak ko da barai ke kje at cne.haha

Ausz Alimin said...

walaupun ini rekaan, tp nmpk sgt kau ni kuat berangan psl perempuan. lg lg psl basahkan bibir? wtheck? hahaha

zahirlunatik said...

deqna: aku kenyang je kee kat sana

aus: come on la aus..dewasa sikit k

DEQNASEPISUNYI... said...

huhu...de tambah staff lg ke at cne?

Anonymous said...

sibuk sibuk berangan, padehal deqnasepisunyi tu ha ada. sebat la!!!!

zahirlunatik said...

amboi midi! main hentam kromo je!

a big girl. . . . . said...

dah tunang kot..
kalau realiti, melepas la ko..
tp serius, kalau realiti, memang malu semalu-malunya..

penulis.sahaja. said...

kau ni tukar header blog dh mcam tuka profile picture kat mespes dah.

eiffel said...

padahal opiz xderk lif!byahahahahaahaaaa

keretapi xnaik?apakah?byahahahahahahaaaaa

zahirlunatik said...

big girl: malu buat apa..cool sudah la..kononnya

apit: cuma aku tak pandai nak tangkap gambar sendiri je.hahahah

eiffel: jangan buat2 tak tahu

sifrogeiy SHA said...

deyummm . gilakk maluu :)

Anonymous said...

Yang penting ada gaya :)

zahirlunatik said...

sha: bukan citer betul pun

dobot: kehkeh betul juga

DEQNASEPISUNYI... said...

celake btui sape kate ak tu !

anaBELLA said...

cite ne harus ade sambungan..hahaha

zahirlunatik said...

jangan harap

anaBELLA said...

hahaha..tp dude cte ko ne mmg terbaek la..roomate aku suke giler ngn cter2 kat blog ko ne..hahaha

zahirlunatik said...

terima kasih..tak sengaja je tu

i'msosupernotcool said...

u ni suiwt lah.

zahirlunatik said...

suiwt tu apa?haha

i'msosupernotcool said...

haha.
jenis-jenis taip pantas dan japanese look memang macam tuh.
demmit!